Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biara di Sumatera Utara pasang 1,500 tanglung sempena Tahun Baru Cina

Feb 8, 2024 | 2:12 PM
Biara Maha Vihara Maitreya mula memasang tanglung sejak 7 Februari sebagai persiapan menyambut Tahun Baru Cina 2024.
Biara Maha Vihara Maitreya mula memasang tanglung sejak 7 Februari sebagai persiapan menyambut Tahun Baru Cina 2024. - Foto BIARA MAHA VIHARA MAITREYA

DELI SUMATERA: Masyarakat Cina di Indonesia giat membuat persiapan bagi meraikan Tahun Baru Cina pada 10 Februari – perayaan yang dipanggil Tahun Baru Imlek di negara ini.

Biara Maha Vihara Maitreya di daerah Deli Serdang, Sumatera Utara, salah sebuah rumah ibadat Buddha terbesar di Indonesia, mula memasang 1,500 tanglung sempena menyambut Tahun Baru Cina 2024.

“Tanglung ini akan menghiasi biara ini selama sebulan,” kata pengurus biara, Encik Dicky, yang mula memasang tanglung-tanglung tersebut pada 7 Februari.

Mengikut perancangan, katanya, pelita itu akan bercahaya setiap malam di halamannya dan di beberapa tempat di biara yang dirasmikan pada 21 Ogos 2008.

Encik Dicky menambah bahawa biara itu dijangka menempatkan kira-kira 1,000 penganut setiap hari semasa Tahun Baru Cina 2024 yang akan bermula pada 10 Februari.

Biara itu akan ditutup kepada pelawat dan pelancong dari 9 hingga 13 Februari, katanya.

“Siri perayaan Tahun Baru Cina akan diakhiri dengan Cap Go Meh (kemuncak perayaan tahunan) pada 24 Februari 2024.

Selain 9 hingga 13 Februari, biara itu juga akan digunakan semata-mata untuk tujuan ritual setiap Sabtu dan Ahad,” tambahnya.

Pengurus itu berkata bahawa pegawai keselamatan, termasuk anggota polis akan menjaga biara semasa tempoh perayaan.

Beliau memaklumkan bahawa tema perayaan pada 2024 adalah ‘Kedamaian Dunia’, sama seperti 2023.

Bagi masyarakat Cina, tahun 2575 lambangnya ialah Naga Kayu, yang merupakan simbol tenaga, tuah, kejayaan, dan harapan untuk perubahan di dunia. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg