Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naga ‘beraksi’ sempena Tahun Baru Cina

Feb 12, 2024 | 5:30 AM
Tanglung naga gergasi ‘menjelma’ di New Bridge Road apabila Chinatown berkerdipan cahaya pada 19 Januari. Ini merupakan sebahagian daripada sambutan perayaan Tahun Baru Cina, di mana pada 2024, ia dianggap masyarakat Cina sebagai ‘Tahun Naga’. Sambutan perayaan itu telah dilancarkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang juga dilahirkan pada Tahun Naga. Lampu perayaan menyala setiap malam hingga 9 Mac di New Bridge Road, Eu Tong Sen Street, South Bridge Road dan Upper Cross Street.
Tanglung naga gergasi ‘menjelma’ di New Bridge Road apabila Chinatown berkerdipan cahaya pada 19 Januari. Ini merupakan sebahagian daripada sambutan perayaan Tahun Baru Cina, di mana pada 2024, ia dianggap masyarakat Cina sebagai ‘Tahun Naga’. Sambutan perayaan itu telah dilancarkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang juga dilahirkan pada Tahun Naga. Lampu perayaan menyala setiap malam hingga 9 Mac di New Bridge Road, Eu Tong Sen Street, South Bridge Road dan Upper Cross Street. - Foto-foto ST

Naga dalam pelbagai bentuk dan saiz telah ‘muncul’ di serata Singapura bagi menyambut Tahun Baru Cina (CNY) yang jatuh pada 10 Februari.

Pada 2024, Tahun Naga Kayu, dan haiwan bertuah dalam zodiak Cina itu melambangkan kuasa, kekuatan dan nasib yang baik.

Kaum Cina percaya bahawa mereka yang lahir pada tahun naga memiliki ciri pemimpin semula jadi yang menggalak dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Berita Harian memaparkan ‘kemunculan’ naga di beberapa kawasan di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg