Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biarawati tertua di dunia dari Brazil meninggal dunia pada usia 116 tahun

May 1, 2025 | 11:55 AM
Individu tertua di dunia, seorang rahib Brazil bernama Inah Canabarro Lucas, meninggal dunia semalam pada usia 116 tahun selepas hampir tidak selamat semasa bayi.
Individu tertua di dunia, seorang rahib Brazil bernama Inah Canabarro Lucas, meninggal dunia semalam pada usia 116 tahun selepas hampir tidak selamat semasa bayi. - Foto Facebook LongeviQuest

BRASILIA: iarawati Brazil, Sister Inah Canabarro Lucas, yang diiktiraf sebagai manusia tertua di dunia, meninggal dunia pada usia 116 tahun pada 30 April. Beliau menyandarkan umur panjangnya kepada Tuhan dan kehidupannya sebagai biarawati, menurut dua pangkalan data pengkaji usia lanjut.

Kematian beliau telah disahkan oleh Perkumpulan Rahib Teresian Brazil dalam satu kenyataan rasmi. “Kami bersyukur atas dedikasi dan pengabdiannya sepanjang hidupnya,” ujar perkumpulan itu dalam kenyataan berkenaan.

Dilahirkan pada 8 Jun 1908, Rahib Canabarro memegang gelaran individu tertua di dunia selepas kematian wanita Jepun Tomiko Itooka, yang juga berusia 116 tahun, pada Januari lalu.

Mengikut catatan dua pertubuhan penjejak warga tertua, dalam belasungkawa yang dikeluarkan oleh LongeviQuest, Rahib Canabarro digambarkan sebagai seorang bayi yang sangat lemah ketika dilahirkan dan ramai yang meragui beliau akan hidup lama. Namun, beliau mengatasi segala rintangan dan memulakan kehidupan sebagai biarawati pada tahun 1934 ketika berusia 26 tahun — iaitu di antara dua Perang Dunia.

“Dialah rahsia kehidupan. Dialah rahsia segalanya,” kata Rahib Canabarro dalam satu kenyataan yang dirakamkan oleh LongeviQuest, ketika beliau ditanya mengenai rahsia umur panjangnya.
Ketika menyambut ulang tahun ke-110, Rahib Canabarro turut menerima berkat khas daripada Paus Francis. Paus telah meninggal dunia pada 21 April lalu pada usia 88 tahun.

Walaupun Sister Canabarro mendakwa bahawa beliau dilahirkan pada 27 Mei 1908, pengarah GRG, Robert Young, memberitahu AFP bahawa tarikh lahir rasmi menurut dokumen yang sah ialah 8 Jun 1908.

Menurut LongeviQuest, Rahib Canabarro merupakan individu ke-15 tertua yang pernah didokumentasikan dalam sejarah, dan biarawati kedua tertua selepas Rahib Lucile Randon dari Perancis yang meninggal dunia pada 2023 pada usia 118 tahun. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg