Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bicara kes bunuh Kim Jong Nam di Malaysia disambung pada Isnin

Oct 01, 2017 | 06:28 PM



SHAH ALAM: Perbicaraan dua wanita asing yang didakwa membunuh Encik Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, akan bermula pada Isnin (2 Okt) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ia akan diadakan di depan Hakim Azmi Ariffin, di mana pengakuan daripada kedua-dua tertuduh akan direkodkan.

Siti Aisyah, 25 tahun, dari Indonesia, dan Doan Thi Huong, 28 tahun, dari Vietnam, didakwa - bersama empat orang lain yang masih bebas - membunuh Encik Kim, 45 tahun, di dewan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan akan memanggil 30 hingga 40 saksi, antara lain 10 saksi pakar, termasuk pakar dalam ejen saraf VX, serta beberapa orang asing.

Dilaporkan bahawa Encik Kim berada di KLIA2 pada hari itu untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita mendekati beliau dan tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair toksik, yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Encik Kim, yang mengembara dengan pasport yang membawa nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Beliau tiba di Malaysia pada 6 Feb. -- Bernama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >