Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS bidas Israel kematian orang awam terus meningkat

Dec 8, 2023 | 4:14 PM
SERANGAN BERTERUSAN: Selain terlalu banyak rumah musnah, angka korban akibat serangan Israel di Gaza terus meningkat kepada lebih 17,000 orang - sesuatu yang telah mendorong Amerika Syarikat membidas Israel.
SERANGAN BERTERUSAN: Selain terlalu banyak rumah musnah, angka korban akibat serangan Israel di Gaza terus meningkat kepada lebih 17,000 orang - sesuatu yang telah mendorong Amerika Syarikat membidas Israel. - Foto EPA-EFE

GAZA/WASHINGTON: – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, dalam kritikan awamnya yang paling lantang terhadap tindakan Israel dalam perang ke atas Hamas di selatan Gaza, berkata terdapat jurang antara niat yang diisytiharkan pemerintahnya untuk melindungi orang awam dengan mangsa yang terkorban.

“Ketika kami berdiri di sini hampir seminggu dalam kempen ini ke selatan ... ia tetap penting bahawa Israel meletakkan premium pada perlindungan awam,” kata Encik Blinken dalam sidang akhbar selepas bertemu Setiausaha Luar Britain, Encik David Cameron, di Washington pada 7 Disember.

“Dan masih terdapat jurang antara ... niat untuk melindungi orang awam dan keputusan sebenar yang kita lihat di lapangan,” tegasnya

Israel berkata ia mesti menghapuskan kumpulan militan Hamas selepas serangannya ke atas Israel dua bulan lalu dan sedang melakukan segala yang mungkin untuk menyelamatkan orang awam.

Presiden Amerika Syarikat. Encik Joe Biden,yang bercakap secara berasingan melalui telefon dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu dan Raja Abdullah dari Jordan pada 7 Disember, “menekankan keperluan kritikal untuk melindungi orang awam dan memisahkan penduduk awam daripada Hamas termasuk melalui koridor yang membolehkan orang ramai bergerak dengan selamat dari kawasan permusuhan yang ditetapkan,” kata Rumah Putih.

Lebih 17,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan 46,000 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sejak 7 Oktober, apabila Israel mula mengebom Gaza sebagai tindak balas kepada serangan militan Hamas di selatan Israel yang membunuh 1,200 orang, dengan 240 orang dijadikan tebusan, menurut pengiraan Israel.

Tentera Israel pada hari Jumaat berkata 92 daripada tenteranya telah terbunuh dalam pertempuran Gaza sejak serangan daratnya bermula pada 20 Oktober.

Sekitar 350 rakyat Palestin terbunuh ketika Israel memerangi militan Hamas di bandar terbesar Jaluran Gaza pada 7 Disember, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Encik Ashraf Al-Qidra.

Sementara itu, pentadbiran Encik Biden berdepan pertikaian di majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh 48 jam akan datang, di mana ia mungkin terdorong untuk menggunakan kuasa vetonya bagi melindungi Israel dengan menolak gesaan gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.

Negara-negara Arab telah memperbaharui desakan mereka untuk gencatan kemanusiaan disegerakan di Gaza, dengan Emiriah Arab Bersatu meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi pada pagi 8 Disember mengenai draf resolusi. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg