Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden arah tentera AS bina jeti sementara di Gaza bagi salur bantuan kemanusiaan

 Israel tidak boleh guna bantuan kemanusiaan bagi runding gencatan senjata
Mar 08, 2024 | 04:01 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah mengarahkan tentera negara itu membangunkan sebuah jeti sementara di Laut Mediterranean bagi membolehkan bantuan disalurkan ke Gaza.


Jeti itu akan berupaya menerima makanan, air, ubat dan menyediakan perlindungan sementara, katanya.

Sementara itu dalam Ucapan Negara (State of the Union Address) tahunan di sidang bersama Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Negara pada 7 Mac (waktu tempatan), Encik Biden antara lain memberi amaran kepada Israel bahawa ia tidak boleh mempergunakan bantuan kemanusiaan untuk “tawar-menawar”, apabila beliau menggesa dilaksanakan gencatan senjata sementara dengan segera di Gaza.

“Kepada kepimpinan Israel saya katakan ini – bantuan kemanusiaan tidak boleh menjadi pertimbangan tidak utama atau alat tawar-menawar. Melindungi dan menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah mesti menjadi keutamaan,” kata beliau.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran mengenai risiko kebuluran yang melanda Gaza.

Encik Biden sekali lagi berkata Israel wajar menyerang Hamas, yang mentadbir Jaluran Gaza, selepas kumpulan Palestin itu melakukan serangan besar-besaran di selatan Israel pada 7 Oktober.

Serangan awal Hamas itu meragut lebih 1,400 nyawa dan 240 orang dijadikan tebusan.

Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza hingga sekarang, membunuh 30,800 rakyat Palestin.

Beribu-ribu lagi rakyat Palestin dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Encik Biden berkata Hamas “boleh menamatkan konflik hari ini” dengan membebaskan tebusan Israel.

Namun, beliau menyifatkan kesan konflik Israel-Hamas ke atas Gaza sebagai “menyayat hati”.

“Saya telah bekerja tanpa henti untuk mencapai gencatan senjata segera yang akan berlangsung selama enam minggu,” katanya.

Perjanjian itu akan “membawa tebusan pulang dan meredakan krisis kemanusiaan yang tidak tertanggung, dan membina ke arah sesuatu yang lebih berkekalan”.

Encik Biden juga mengulangi sokongannya bagi penubuhan sebuah negara Palestin, matlamat jangka panjang yang ditentang oleh pemerintah tegar Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu.

“Apabila kita melihat masa depan, satu-satunya penyelesaian sebenar ialah huraian dua negara,” katanya.

Encik Biden berkata: “Saya katakan ini sebagai penyokong seumur hidup Israel. Sepanjang kerjaya saya, tiada sesiapa mempunyai rekod lebih kukuh dengan Israel. Saya cabar mana-mana daripada kamu di sini.” – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >