Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantuan kecemasan payung terjun di Gaza libatkan pelbagai negara

Mar 11, 2024 | 05:30 AM



RAFAH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengulangi keperluannya untuk lebih banyak akses bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sambil ia melihat semua pilihan lain termasuk menggunakan payung terjun.


Encik Stephane Dujarric, jurucakap bagi pihak Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres berkata secara ideal, badan dunia itu memilih jalan raya sebagai pilihan untuk membawa bantuan ke Gaza, lapor agensi berita Turkey, Anadolu Agency.


“Payung terjun amat mencabar tetapi ia adalah pilihan (untuk WFP) (Program Makanan Sedunia). Secara ideal, kami mahu membawa bantuan melalui jalan raya, kami mahu lebih banyak laluan dibuka, kami mahu lebih banyak pintu masuk dibuka,” katanya semasa sidang media.

Encik Dujarric juga menekankan keperluan untuk meningkatkan penyelarasan antara negara-negara anggota mengenai operasi kemanusiaan.

Penglibatan pelbagai negara

Bantuan makanan dan bekalan perubatan telah diberikan oleh pelbagai negara kepada penduduk Gaza melalui payung terjun.

Operasi penurunan udara terbesar setakat ini bertujuan menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan kepada berjuta-juta penduduk Gaza yang kebanyakannya tinggal di kem pelarian.

Mesir, Jordan, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Qatar dan Amerika Syarikat telah melaksanakan operasi menggugurkan bantuan ke Gaza dengan pesawat.

Bantuan makanan dan bekalan perubatan telah diberikan oleh negara-negara itu kepada penduduk Gaza melalui payung terjun.

Operasi penurunan udara terbesar setakat ini bertujuan menyampaikan bantuan yang sangat diperlukan kepada berjuta-juta penduduk Gaza yang kebanyakannya tinggal di kem pelarian.

Jordan mula menggugurkan bantuan perubatan menggunakan payung terjun pada 6 November, diikuti yang kedua enam hari kemudian, ketiga (30 November), keempat (7 Disember), kelima (15 Disember) dan keenam (21 Disember).

Tentera Jordan turut menghantar bekalan perubatan kecemasan ke Hospital Sahara Jordan di Gaza dengan payung terjun pada 4 Januari.

Tentera Jordan mempunyai dua hospital medan di Jaluran Gaza – satu di bandar raya Gaza, ditubuhkan 14 tahun lalu manakala kemudahan kedua dibina pada November 2023 di selatan wilayah itu.

Pesawat Tentera Udara Jordan sebelum ini pernah menggugurkan bantuan perubatan ke hospital medannya di Gaza bagi memastikan kelangsungan operasi hospital selain terus memberikan khidmat kesihatan dan perubatan kepada penduduk Gaza.

Operasi bersama Perancis itu dilancarkan pada hari yang sama kumpulan hak asasi manusia mendakwa Israel ingkar perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan menyekat akses bantuan kemanusiaan ke kawasan tersebut.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial turut menunjukkan kawasan tepi pantai Gaza sesak dengan penduduk Palestin yang gembira menerima bantuan tersebut termasuk bungkusan makanan dengan kandungan nutrien mencukupi setelah kira-kira 2.3 juta populasi di wilayah itu kini di ambang kebuluran.


Amerika pada 2 Mac melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza, dengan lebih 38,000 pek makanan digugurkan dengan payung terjun dari pesawat tentera.

“Pentadbiran Pusat Amerika (Centcom) dan Tentera Udara Diraja Jordan telah melaksanakan gabungan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2 Mac, antara 3 dengan 5 petang (waktu Gaza) untuk memberikan bantuan penting kepada orang awam yang terjejas akibat konflik yang berterusan.

“Pesawat C-130 Amerika menggugurkan lebih 38,000 pek makanan di sepanjang pantai Gaza, membenarkan akses orang awam kepada bantuan genting,” lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik Centcom dalam satu kenyataan.


Menurut beberapa laporan, misi menggugurkan bantuan kemanusiaan berlaku di bandar Rafah di Gaza berhampiran sempadan Mesir, dan lebih banyak dijangka dalam beberapa hari akan datang.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, ketika mengumumkannya berkata Amerika menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama Jordan dan negara lain.

Beliau turut berkata Amerika berusaha untuk membuka jalan lain ke Gaza, termasuk kemungkinan koridor marin untuk menyerahkan sejumlah besar bantuan kemanusiaan.

Selain memperluaskan penghantaran melalui darat, Encik Biden menyatakan Amerika akan mendesak Israel supaya memudahkan lebih banyak akses laluan ke dalam kawasan yang dikepung itu.

Misi menggugurkan bantuan berlaku dua hari selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk Palestin yang menunggu bantuan kemanusiaan di bulatan Al Nabulsi di Jalan Al Rashid, jalan pantai utama di barat Bandar Gaza di utara Gaza, membunuh lebih 100 orang dan mencederakan lebih 760 mangsa.

Penghantaran menggunakan payung terjun turut disertai Belgium yang menghantar pesawat tentera untuk menyertai operasi antarabangsa bagi menggugurkan bantuan di Gaza pada 5 Mac. Operasi itu turut membabitkan Amerika, Perancis dan Jordan.

Bantuan itu dibawa ke Jordan, sebelum diperiksa dan mendapat lampu hijau Israel untuk digugurkan.

Pesawat pengangkut Airbus A400M tentera itu akan membuat penerbangan lain dari Brussels ke pangkalan udara Zarqa, Jordan di luar Amman, untuk menerima lebih banyak bantuan dan kakitangan untuk melakukan pengguguran. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >