Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden belum putuskan mahu bertanding bagi penggal kedua

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin, beliau masih belum memutuskan sama ada akan bertanding untuk penggal kedua pada 2024, walaupun sebelumnya telah menyatakan akan turut bertanding sekali lagi.



Encik Biden, yang mencapai usia 80 tahun pada November ini, memberitahu dalam rancangan 60 Minutes stesen CBS, bahawa beliau memang mahu bertanding untuk dipilih semua.



"Tetapi itu hanya satu keinginan. Tetapi apakah itu satu keputusan yang pasti bagi saya untuk bertanding lagi? Itu perlu dilihat nanti," katanya.



"Masih terlalu awal," kata beliau, yang menyifatkan dirinya sebagai "sangat percaya kepada ketentuan".



Apabila dikatakan yang beliau adalah orang yang paling tua pernah memegang jawatan itu, Encik Biden membalas: "Masih segak, kan?"



Menjawab pertanyaan sama ada beliau masih cergas, jawabnya mudah: "Lihat saya," sambil mengatakan supaya menilai beliau berdasarkan tindakannya.



Sebelum ini, Rumah Putih berulang kali menyatakan yang Encik Biden akan bertanding sekali lagi pada 2024. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >