Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden beri amaran kepada Israel usah takluki Gaza

Oct 16, 2023 | 03:47 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden memberi amaran kepada Israel supaya tidak menduduki Gaza ketika ia melakukan tindakan balas terhadap serangan mengejut Hamas bulan ini.


Dalam temu bual dengan “60 Minit” CBS yang disiarkan pada Ahad, Encik Biden berkata ia akan menjadi “kesilapan besar” jika Israel menduduki Gaza.

Israel telah memberi isyarat bahawa ia sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza ketika krisis kemanusiaan semakin buruk di wilayah Palestin.

Encik Biden menyeru supaya pihak terlibat melindungi orang awam.

“Apa yang berlaku di Gaza, pada pandangan saya, adalah Hamas dan unsur-unsur ekstrem Hamas tidak mewakili semua rakyat Palestin,” kata Encik Biden.

Beliau berkata Hamas harus dihapuskan sepenuhnya, “tetapi perlu ada Pihak Berkuasa Palestin. Perlu ada jalan ke negara Palestin.”

Komen itu merupakan salah satu daripada beberapa gesaan yang Presiden Amerika pernah suarakan kepada Israel supaya menggunakan beberapa jenis pengekangan dalam bertindak balas terhadap serangan Hamas yang menyebabkan 1,400 orang terbunuh.

Dalam tindak balasnya, Israel melancarkan kempen pengeboman besar-besaran terhadap kawasan di utara Carikan Gaza - tempat Hamas melancarkan serangannya.

Duta Israel ke Amerika, Encik Michael Herzog, berkata pada Ahad bahawa Israel tidak berhasrat untuk menduduki Gaza selepas konflik berakhir.

“Kami tidak mempunyai keinginan untuk menduduki atau menduduki semula Gaza. Kami tidak mempunyai keinginan untuk memerintah kehidupan lebih daripada dua juta rakyat Palestin,” tegas Encik Herzog.

Encik Biden jelas tidak menyatakan sudah tiba masanya untuk gencatan senjata.

“Lihat, terdapat perbezaan asas. Israel sedang mengejar sekumpulan orang yang terlibat dalam kebiadaban yang berakibat seperti Holocaust,” katanya.

“Jadi saya rasa Israel perlu bertindak balas. Mereka perlu mengejar Hamas. Hamas adalah kumpulan pengecut. Mereka bersembunyi di belakang orang awam. … Orang Israel akan melakukan segala-galanya untuk mengelakkan pembunuhan orang awam yang tidak bersalah,” tambah beliau

Keadaan di Gaza dengan cepat menjadi bencana kemanusiaan dan kerana itulah Israel menyeru para penduduk yang tinggal di bahagian utara kawasan itu supaya berpindah ke selatan sebelum serangan darat dilancarkan.

Bagaimanapun, banyak pertubuhan hak asasi manusia menganggapnya mustahil kerana rakyat Palestin menghadapi masalah kekurangan perumahan di salah satu tempat paling padat penduduk di Bumi.

Encik Biden berkata bahawa perlu ada koridor kemanusiaan untuk membantu orang awam yang terperangkap di tengah-tengah pertempuran dan bahawa Israel akan mematuhi “peraturan perang.”

“Saya yakin bahawa Israel akan bertindak di bawah langkah … peraturan perang,” kata Encik Biden.

Beliau menambah: “Terdapat piawaian yang perlu diikuti oleh institusi dan negara demokrasi. Oleh itu, saya yakin akan ada keupayaan untuk mereka yang tidak bersalah di Gaza mendapat akses kepada ubat-ubatan dan makanan serta air.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >