Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel siap sedia tingkat operasi di Gaza

Tentera mulakan serbuan darat, ramai penduduk gerak ke selatan
Oct 14, 2023 | 05:59 PM



BAITULMAKDIS: Tentera Israel berkata pada Sabtu ia telah melihat “pergerakan ketara” orang awam Palestin menuju ke arah selatan, sehari selepas ia mengarahkan penduduk Kota Gaza supaya melarikan diri.


Ini sedang Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu menjanjikan tindak balas lanjut terhadap serangan Hamas minggu lalu.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden berkata rundingan sedang dijalankan dengan pemerintah di rantau itu mengenai krisis kemanusiaan di Gaza, sedang rakyat Palestin mengalami gangguan elektrik dan kekurangan makanan dan air di tengah-tengah pengeboman hebat Israel.

Pada Jumaat, Israel memberikan arahan kepada lebih sejuta penduduk di bahagian utara Gaza tempoh 24 jam agar melarikan diri ke selatan bagi mengelak serangan.

“Kami telah melihat banyak pergerakan orang awam Palestin ke arah selatan,” kata jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus, dalam taklimat video awal Sabtu. Namun beliau tidak menyebut tarikh akhir dan tidak menjawab soalan.

“Di sekitar Jaluran Gaza, tentera simpanan Israel dalam formasi (sedang) bersiap sedia untuk tahap operasi seterusnya,” kata beliau.

“Mereka berada di sekitar Jaluran Gaza, di selatan, di tengah dan di utara, dan mereka sedang mempersiapkan diri untuk apa sahaja sasaran yang mereka dapat, apa saja tugas.

“Natijah perang ini ialah kami akan musnahkan Hamas dan keupayaan ketenteraannya dan secara asasnya mengubah keadaan supaya Hamas tidak lagi berupaya mengakibatkan sebarang kerosakan kepada orang awam atau askar Israel,” tambahnya.

Infantri Israel membuat serbuan pertama mereka ke Jaluran Gaza pada Jumaat sejak kumpulan Hamas menyerang selatan Israel, dan Encik Netanyahu berkata kempen membalas dendam baru sahaja bermula.

Israel berikrar memusnahkan Hamas selepas kumpulan itu menyerbu melalui bandar dan kampung seminggu lalu. – membunuh ribuan rakyat Israel, kebanyakannya orang awam, dan melarikan diri dengan berpuluh-puluh tebusan.

Sejak itu, Israel meletakkan Jaluran Gaza – yang dikendalikan Hamas dan menjadi rumah kepada 2.3 juta rakyat Palestin – di bawah pengepungan sepenuhnya dan melakukan serangan udara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 2,269 rakyat Palestin telah terbunuh dan 9,814 yang lain cedera, kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu laporan pada Sabtu.

Hamas berikrar berjuang habis-habisan dan memberitahu penduduk agar tidak melarikan diri.

Encik Netanyahu, dalam satu kenyataan ringkas luar biasa yang disiarkan melalui televisyen selepas Sabat Yahudi bermula, berkata: “Kami menyerang musuh kami dengan kekuatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya menekankan bahawa ini hanyalah permulaan.”

Puluhan ribu penduduk Gaza dianggarkan menuju ke selatan dari bahagian utara Gaza selepas arahan Israel itu menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ramai yang lain berkata mereka tidak akan berpindah keluar.

“Kematian lebih baik daripada meninggalkan tempat ini,” kata Mohammad, 20 tahun, di luar bangunan yang menjadi runtuhan dalam serangan udara Israel sebelum ini berhampiran pertengahan Gaza. – Agensi berita.

Masjid menyiarkan mesej: “Berpeganglah pada rumah kamu. Berpeganglah pada tanahmu”.


“Kami memberitahu penduduk utara Gaza dan dari Kota Gaza, kekal di rumah anda, dan tempat anda,” Encik Eyad Al-Bozom, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, memberitahu sidang akhbar.


Pihak berkuasa Gaza berkata 70 orang terbunuh dan 200 cedera apabila Israel melanggar kereta dan trak yang membawa orang ramai yang melarikan diri dari utara jalur itu ke selatan, lapor Reuters, yang tidak dapat mengesahkan kejadian yang dilaporkan secara bebas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >