Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden calonkan Becerra dalam Kabinetnya

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Dipilih Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, merancang untuk mencalonkan Peguam Negara California, Encik Xavier Becerra, sebagai Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan, lapor media Amerika.



Langkah itu akan menambah seorang lagi pegawai berketurunan Latin dalam Kabinet presiden yang baru dipilih itu, sekali gus menampilkan kepelbagaian keanggotaan di dalamnya.



Ketika Encik Becerra berada di Kongres selama 12 penggal mewakili Los Angeles, beliau lantang menyuarakan hak keturunan Latin dan menyokong kuat program penjagaan kesihatan mantan presiden Barack Obama, iaitu dasar amat ditentang Presiden Donald Trump dan Republikan.



Encik Becerra, 62 tahun, dilantik sebagai Peguam Negara California pada 2016, menggantikan Naib Presiden yang dipilih Kamala Harris selepas beliau terpilih ke Senat Amerika.



Encik Becerra ialah keturunan Latin pertama yang memegang jawatan itu. Ketika menjawat jawatannya, beliau juga mempertahankan program hak imigran dan Tindakan Penangguhan Untuk Ketibaan Kanak-Kanak (DACA).



Akhbar Amerika melaporkan, pencalonan Encik Becerra dibuat selepas terdapat keluhan daripada Kaukus Hispanik Kongres mengenai kekurangan wakil Latin dalam kabinet akan datang.



Encik Biden sebelum ini mengumumkan pemimpin kelahiran Cuba, Encik Alejandro Mayorkas, sebagai pilihannya untuk mengetuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.



Beliau juga bakal memilih bekas jeneral kulit hitam, Encik Llyod Austin, sebagai Setiausaha Pertahanan, lapor media negara itu semalam.



Encik Austin, 67, yang pernah memimpin angkatan tentera Amerika ke Baghdad pada 2003 dan menjadi Ketua Komando Pusat Aemerika, berpengalaman dalam konflik Iraq dan Afghanistan, mengetepikan calon disebut-sebut, Michele Flournoy, bekas Setiausaha Rendah Pertahanan, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Biden untuk mencalonkan lebih ramai minoriti dalam mengisi jawatan Kabinetnya.



Agensi berita CNN, Politico dan New York Times yang memetik sumber dilaporkan berkata, Encik Biden menyebut nama Austin dan dijangka akan mengumumkannya Jumaat ini.



Encik Austin memerlukan pengesahan daripada Senat untuk mengisi jawatan itu.



Beliau dikatakan menghabiskan masa empat dekad dalam bidang ketenteraan dan lulus Akademi Tentera West Point sebelum membina kerjaya daripada mengetuai platun bagi kumpulan logistik, terbabit dengan rekrut dan menggalas tugas pegawai kanan Pentagon.



Pada Mac 2003, Encik Austin dipertanggungjawabkan membantu ketua komando Bahagian Infantri Ketiga mengatur pergerakan dari Kuwait ke Baghdad dalam serangan Amerika ke atas Iraq.



Antara 2003 dan 2005, beliau berada di Afghanistan bagi memimpin Gabungan Pasukan Petugas Khas 180, operasi diketuai tentera Amerika yang berusaha menstabilkan keadaan keselamatan di negara itu.



Encik Austin turut mengetuai Pasukan AS di Iraq pada 2010, diikuti menjadi Komander Pusat yang bertanggungjawab mengendalikan semua operasi Pentagon di Asia Barat dan Afghanistan dua tahun kemudian.



Selepas bersara pada 2016, beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah Raytheon Technologies, satu daripada kontraktor terbesar di Pentagon.



Encik Austin memerlukan persetujuan khas daripada Dewan Senat, undang-undang Persekutuan mewajibkan pegawai tentera perlu menunggu tujuh tahun selepas tarikh persaraannya sebelum dibenarkan mengetuai Pentagon.



Jika Encik Austin dipilih sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, beliau bertanggungjawab ke atas 1.2 juta pegawai dan anggota tentera aktif dengan kira-kira 16 peratus daripadanya berkulit hitam. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >