Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden didesak tidak tanding dalam pilihan raya presiden

Jul 11, 2024 | 2:13 PM
Potongan gambar Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, dipamerkan di kedai cenderamata di Washington pada 10 Julai sedang Encik Biden berdepan desakan untuk menarik balik pencalonannya sejak prestasi buruk menentang Encik Trump dalam debat presiden pertama mereka pada 27 Jun.
Potongan gambar Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, dipamerkan di kedai cenderamata di Washington pada 10 Julai sedang Encik Biden berdepan desakan untuk menarik balik pencalonannya sejak prestasi buruk menentang Encik Trump dalam debat presiden pertama mereka pada 27 Jun. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada 10 Julai menghadapi gelombang tekanan baru yang memaksanya menamatkan kempennya, atau memikirkan semula keputusannya untuk bertanding semula.

Demokrat, dari Hollywood ke Capitol Hill menyuarakan kebimbangan besar, beliau akan tewas kepada mantan Presiden, Encik Donald Trump, dalam pilihan raya presiden pada November dan sekali gus mengheret peluang partinya untuk menguasai Dewan Kongres.

Mantan speaker Dewan dan sekutu lama Encik Biden, Cik Nancy Pelosi, memberikan isyarat awam yang paling kuat bahawa Demokrat masih berbelah bahagi atas desakan Encik Biden bahawa beliau kekal dalam perlumbaan, dengan mengatakan bahawa “masa semakin singkat” untuknya membuat keputusan.

Pelakon George Clooney, pengumpul dana bagi kempen Encik Biden, dan Perwakilan Encik Pat Ryan dari New York dan Encik Earl Blumenauer dari Oregon berkata Presiden Biden harus berundur.

Encik Peter Welch dari Vermont menjadi senator Demokrat pertama yang membuat seruan secara terbuka.

Bercakap dalam rancangan Morning Joe MSNBC, Cik Pelosi, 84 tahun, berkata beliau akan menyokong Encik Biden, “apa sahaja yang dia putuskan”.

Sementara itu, Encik Biden, 81 tahun, berkata fikirannya sudah bulat untuk meneruskan kempennya dan menjadualkan temu bual pada 15 Julai dengan NBC News.

Ini temu bual yang kedua sejak prestasi perbahasannya yang buruk pada Jun.

Beliau turut menyeru Demokrat agar bersatu di belakangnya.

Beberapa jam selepas komen Cik Pelosi, Encik Pat Ryan, dari New York, salah seorang anggota Demokrat yang berpengaruh berkata Encik Biden harus keluar “demi kebaikan negara”.

Kemudian, wakil dari Oregon, Encik Earl Blumenauer, mengulangi seruan itu.

“Ini bukan sahaja untuk melanjutkan jawatan presiden, malah melindungi demokrasi,” katanya.

Senator Richard Blumenthal, Demokrat dari Connecticut, pada 10 Julai memberitahu wartawan: “Saya amat bimbang tentang kemenangan Joe Biden pada November ini.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg