Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden tidak akan tarik diri walau didesak usah bertanding

Jul 5, 2024 | 12:36 PM
Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Kemerdekaan di luar Rumah Putih di Washington pada 4 Julai, sambil menegaskan beliau tidak akan berundur walau didesak.
Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Kemerdekaan di luar Rumah Putih di Washington pada 4 Julai, sambil menegaskan beliau tidak akan berundur walau didesak. - Foto EPA-EFE

WASHINGTON: Presiden Joe Biden berkata beliau “tidak akan pergi ke mana-mana” walau didesak oleh ramai anggota parti Demokrat supaya tidak bertanding dalam percubaannya untuk dipilih semula sebagai presiden Amerika Syarikat.

Beliau mengambil kesempatan daripada perayaan pada 4 Julai untuk membalas keraguan tentang stamina dan ketajaman mentalnya untuk terus berkempen.

Penampilan calon Demokrat berusia 81 tahun itu pada 27 Jun, yang kelihatan goyah untuk bersaing dengan calon Republikan, Encik Donald Trump, bermakna setiap penampilannya kini diteliti.

Ramai pengundi Demokrat bimbang sama ada Encik Biden boleh meneruskan tugas yang melelahkan untuk empat setengah tahun akan datang.

Malah beberapa anggota dalam partinya telah menggesa beliau supaya menarik diri.

Encik Biden telah menganjurkan perayaan tahunan Hari Kemerdekaan Amerika di Rumah Putih pada 4 Julai, termasuk barbeku untuk beberapa ribu anggota perkhidmatan tentera yang aktif dan keluarga mereka.

Beliau memulakan ucapan dengan suara yang tegas, mengucapkan, “Selamat Hari Kemerdekaan!”

Membaca ucapan daripada telepanduan, Encik Biden tidak membuat kesilapan besar dalam menyampaikan ucapan ringkas.

Tetapi ada satu ketika, beliau kelihatan tidak mengikut skrip apabila merujuk kepada tanah perkuburan perang yang enggan dikunjungi Encik Trump semasa memegang jawatan.

“Oleh itu, anda tahu, saya berada di tanah perkuburan Perang Dunia I di Perancis. Yang salah seorang daripada rakan sekerja kita, bekas presiden enggan pergi...” katanya, suaranya menurun.

Semasa bersembang sambil bergambar dengan para tamu, salah seorang yang hadir berteriak menyuruh Encik Biden “teruskan perjuangan”.

“Anda faham saya, kawan. Saya tidak akan ke mana-mana,” kata Encik Biden, mengulangi ikrarnya untuk kekal bersaing walaupun desakan semakin meningkat memintanya agar berundur.

Naib Presiden, Cik Kamala Harris, adalah pencabar utama yang akan mengambil tempatnya dalam pilihan raya 5 November jika Encik Biden berundur, kata sumber. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg