Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden diiktiraf secara rasmi bakal presiden baru Amerika

Kemenangan diiktiraf Badan Perwakilan Pemilih; tutup peluang Trump untuk cuba ubah keputusan pilihan raya
Dec 16, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Encik Joe Biden telah disahkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu selepas kemenangannya secara rasmi diiktiraf Badan Perwakilan Pemilih.



Ia sekaligus menutup pintu kepada usaha Encik Donald Trump untuk menukar keputusan Pilihan Raya Presiden pada 3 November lalu yang tidak menyebelahinya.



Susulan itu, Encik Biden yang bakal memasuki Rumah Putih dan mengambil alih pentadbiran Amerika pada 20 Januari depan, merayu agar rakyat 'membuka lembaran baharu'.



Tatacara Badan Perwakilan Pemilih yang sudah menjangkau lebih 200 tahun itu hanyalah mengesahkan secara rasmi, namun proses berkenaan lebih genting berikutan suasana pilihan raya kali ini yang menyaksikan Encik Trump berkeras enggan mengaku kalah.



"Demokrasi terbukti. Kita sebagai rakyat telah mengundi. Integriti pilihan raya kita kekal utuh.



"Kini adalah masa untuk membuka lembaran baharu, bersatu dan pulih.



"Saya akan menjadi Presiden kepada seluruh rakyat Amerika," kata Encik Biden dalam petikan ucapan yang beliau dijangka sampaikan di Wilmington, Delaware, semalam.



Setakat ini, Encik Trump masih mendakwa tanpa bukti bahawa beliau adalah pemenang sebenar walaupun keputusan pilihan raya memihak kepada Encik Biden dengan jelas.



Satu demi satu mahkamah telah menolak dakwaan oleh pasukan Republikan bahawa berlakunya penipuan pada pilihan raya itu.



Pada Jumaat lalu, keputusan Mahkamah Agung Amerika memberikan 'tamparan undang- undang' yang terakhir apabila turut menolak rayuan difailkan oleh sekutu Trump dari Texas dan negeri lain di bawah pimpinan Republikan.



Selepas kemenangannya disahkan, Encik Biden menegaskan demokrasi Amerika terbukti "berdaya taha"' dalam menghadapi "penyalahgunaan kuasa" didakwa dilakukan oleh Encik Trump.



Dalam kenyataan serangan pertama beliau terhadap Encik Trump selepas pilihan raya, Encik Biden menyifatkan pemimpin itu dan sekutunya sebagai enggan menghormati kehendak rakyat, kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Amerika.



Encik Biden sekali gus memuji rakyat Amerika kerana menunaikan tanggungjawab mengundi pada 3 November lalu, meskipun berdepan wabak Covid-19 serta "tekanan politik yang begitu kuat, kata-kata nista", malah "ancaman keganasan fizikal" terhadap pihak terbabit pilihan raya itu.



"Obor demokrasi sudah dinyalakan di negara ini sejak sekian lama. Kita sekarang tahu bahawa tiada apapun, hatta pandemik atau penyalahgunaan kuasa, boleh memadamkannya.



"Demokrasi kita yang ditekan, diuji, diancam terbukti kekal berdaya tahan, benar serta utuh," kata Encik Biden.



Sementara itu, Encik Trump kelmarin mengumumkan pengunduran Encik Bill Barr daripada jawatannya sebagai Peguam Negara Amerika.



"Baru saja mengadakan pertemuan yang baik dengan Peguam Negara, Bill Barr, di Rumah Putih.



"Hubungan kami sangat baik... Bill akan mengundurkan diri sebelum Krismas untuk bercuti dengan keluarganya," tulis Encik Trump di Twitter.



Seorang pegawai kanan Rumah Putih mendakwa: "Barr meletak jawatan atas kehendak sendiri. Beliau tidak disingkirkan ataupun dipaksa untuk meletakkan jawatan. Ia adalah pertemuan yang sangat mesra."



Sebelum ini, Encik Barr yang juga Peguam Negara yang kedua dilantik di bawah pentadbiran Encik Trump, dikritik hebat oleh Demokrat kerana mendakwa melindungi Encik Trump ketika siasatan dijalankan terhadap hubung kait pemimpin itu dengan Russia. - AFP




"Demokrasi terbukti. Kita sebagai rakyat telah mengundi. Integriti pilihan raya kita kekal utuh. Kini adalah masa untuk membuka lembaran baharu, bersatu dan pulih. Saya akan menjadi Presiden kepada seluruh rakyat Amerika... Obor demokrasi sudah dinyalakan di negara ini sejak sekian lama. Kita sekarang tahu bahawa tiada apapun, hatta pandemik atau penyalahgunaan kuasa, boleh memadamkannya."
- Presiden dipilih Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >