Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JELANG ULANG TAHUN PERTAMA PERANG RUSSIA-UKRAINE

Biden 'diri sama' Zelensky di Kyiv; tunjuk dunia pencerobohan Russia sesia

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Rumah Putih memaklumkan Russia mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, ke Kyiv, Ukraine, beberapa jam sebelum perjalanannya, yang bertujuan mengesahkan sokongan Amerika, di samping menandakan ulang tahun pertama pencerobohan Russia ke atas negara jirannya itu.



Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, berkata Russia telah dimaklumkan perjalanan Encik Biden "untuk tujuan mengurangkan konflik" beberapa jam sebelum kunjungan itu.



Encik Biden pada Isnin membuat lawatan yang tidak diumumkan ke Kyiv dan berjanji "berdiri bersama Ukraine selama mana yang diperlukan".



Dalam kunjungan itu, Encik Biden telah bertemu dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dan kedua-duanya membincangkan soal perang dan keperluan Ukraine dari segi tenaga, infrastruktur serta sokongan ekonomi dan kemanusiaan, kata Encik Sullivan.



Beliau menambah Encik Biden juga diberi taklimat oleh anggota pasukan Encik Zelensky mengenai bantuan yang diperlukan dari Amerika dan rakan antarabangsanya.



Pegawai Rumah Putih berkata lawatan itu rumit dari segi logistik kerana kekurangan kehadiran tentera Amerika di lapangan dan berbeza daripada lawatan presiden Amerika sebelum ini ke zon perang lain seperti Iraq dan Afghanistan.



Mereka mendedahkan, Encik Biden dibawa ke Pangkalan Bersama Andrews di luar Washington dan berlepas pada 4:15 pagi pada Ahad dengan menaiki jet Tentera Udara, diiringi segelintir pembantu.



Kehadiran media berita yang kecil turut bersamanya - hanya seorang wartawan dan seorang jurugambar dan bukannya kumpulan media biasa.



Presiden kemudian terbang semalaman ke Pangkalan Udara Ramstein Amerika di Jerman.



Pesawat itu mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Rzeszow di tenggara Poland.



Selepas satu jam perjalanan dengan kereta, beliau kemudian tiba di Przemysl, sebuah bandar di sempadan Poland-Ukraine.



Encik Biden kemudian menaiki kereta api dan menempuh perjalanan 10 jam ke Kyiv.



Kereta api Encik Biden bergerak dalam gelap dengan diiringi pasukan keselamatan.



Encik Biden mahu berdiri "di sebelah Presiden Zelensky di Kyiv yang bebas untuk bukan sahaja memaklumkan tetapi juga menunjukkan kepada dunia... bahawa Ukraine berjaya menentang pencerobohan Russia", kata Encik Sullivan.



Setahun yang lalu, Encik Biden memberi amaran kepada sekutu yang ragu-ragu bahawa pergerakan besar-besaran tentera Russia di sepanjang sempadan Ukraine adalah langkah permulaan kepada peperangan.



Pada masa itu, beberapa pihak di dalam pentadbiran Amerika sendiri mempersoalkan keupayaan Ukraine menangkis pencerobohan, meramalkan kekalahan yang akan menimpa ibu negara Kyiv.



Sebaliknya, pejuang Ukraine telah menguasai ibu kota negara itu dan terus menentang percubaan Russia mengawal wilayah, dibantu oleh kemasukan besar-besaran senjata, peluru dan peralatan Barat.



Perang Russia-Ukraine telah menjadi konflik yang hebat yang menurut pegawai Amerika boleh berlarutan selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun.



Sejak permulaan perang, Amerika telah menghantar lebih AS$24 bilion ($32 bilion) bantuan keselamatan untuk membantu Kyiv.



Pada Januari lalu, Amerika berkata ia akan membekalkan Ukraine dengan 31 kereta kebal M1 Abrams yang canggih bernilai AS$400 juta dalam masa beberapa bulan.



Menawarkan sokongan yang sama dan mencegah perang daripada meningkat kepada konflik yang berpotensi menjadi lebih luas yang membabitkan negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), merupakan salah satu ujian dasar luar utama Encik Biden pada bulan-bulan akan datang, kata pakar dasar luar. - Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >