Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden ke Israel bincang isu tebusan, bantuan kemanusiaan

Oct 17, 2023 | 03:32 PM



TEL AVIV/WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan melawat Israel pada Rabu, kata Setiausaha Negara, Encik Anthony Blinken pada Isnin malam.


Encik Blinken membuat pengumuman itu dari Israel, berikutan pertemuan panjang dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.

Di sebalik berita mengenai lawatan Encik Biden yang bakal menjelang, Encik Blinken turut mengumumkan Amerika dan Israel akan melakar pelan “yang akan membolehkan bantuan kemanusiaan daripada negara penderma dan organisasi pelbagai hala disalurkan kepada orang awam di Gaza.

Satu lagi ialah kemungkinan mewujudkan kawasan untuk membantu menjaga orang awam keluar daripada bahaya, katanya.

Bercakap kepada pemberita, Encik Blinken berkata Encik Biden mempunyai empat matlamat utama.

“Pertama, presiden akan menegaskan semula perpaduan Amerika dengan Israel dan komitmen kami yang kukuh terhadap keselamatannya.

“Presiden Biden sekali lagi akan menjelaskan dengan tegas bahawa sejak Hamas membunuh lebih 1,400 orang, termasuk sekurang-kurangnya 30 orang Amerika, Israel mempunyai hak dan kewajipan untuk mempertahankan rakyatnya daripada Hamas dan pengganas lain, serta untuk mencegah serangan masa depan,” kata Encik Blinken.

Beliau menambah: “Presiden akan mendengar daripada Israel apa yang diperlukan bagi mempertahankan rakyatnya sambil kami terus bekerjasama dengan Kongres untuk memenuhi keperluan tersebut.”

Menurut Encik Blinken, Encik Biden akan menekankan mesej jelas kepada mana-mana pelaku, negara atau bukan negara, yang cuba mengambil kesempatan daripada krisis ini untuk menyerang Israel.

Encik Blinken menambah, Encik Biden akan terus berkoordinasi dengan rakan kongsi Israel dalam usaha membebaskan tebusan yang ditahan kumpulan Hamas.

Menurutnya, Encik Biden akan diberi taklimat mengenai “matlamat dan strategi perang” Israel.

Dalam taklimat audio dengan wartawan pada malam Isnin, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik John Kirby mengulangi apa yang Encik Blinken nyatakan pada sidang akhbarnya bahawa Encik Biden akan “melawat dan tiba pada saat genting” dalam perang Israel-Hamas.

Encik Biden akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Encik Netanyahu dan para pegawai Israel yang lain.

Encik Kirby berkata Encik Biden juga akan berkunjung ke Amman, ibu negara Jordan, untuk bertemu Raja Jordan, Raja Abdullah II; Presiden Mesir, Encik Abdel Fatah El-Sisi dan Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas.

Pentadbiran Biden telah berikrar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Israel susulan serangan keganasan yang dilakukan oleh Hamas.

Kumpulan itu melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 7 Oktober, membunuh ratusan orang di festival muzik berhampiran sempadan Gaza.

Hamas turut menawan hampir 200 tebusan dari Israel, termasuk rakyat Amerika.

Encik Biden menyifatkan tindakan Hamas sebagai “amat jahat” dan dengan cepat memperkuatkan pertahanan Israel.

Pegawai tertinggi, termasuk Encik Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin, telah dikerahkan ke rantau itu bagi memaparkan perpaduan.

Encik Biden yang melahirkan kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan yang melanda orang awam Palestin, menyatakan walaupun Israel mempunyai hak mempertahankan dirinya ia mesti mengikut “peraturan perang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >