Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Kerjasama strategik AS-Asean dapat bantu tangani 'isu terbesar' masa kini

Nov 13, 2022 | 08:25 AM



PHNOM PENH: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyatakan Kerjasama Strategik Menyeluruh antara Amerika Syarikat dengan blok Asean akan membantu kedua-dua pihak menangani "isu-isu terbesar yang dihadapi pada masa ini".



Menyatakan demikian semasa menghadiri sidang puncak Amerika-Asean di Kemboja semalam, Encik Biden berkata, persetujuan yang dicapai akan membantu membangunkan "sebuah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, stabil dan makmur, dan berdaya tahan serta terjamin".



Ketibaan Encik Biden di Kemboja adalah dalam rangka lawatan lima hari ke Asia bagi menghadiri satu siri sidang puncak - termasuk jangkaan pertemuan sulung empat mata dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, di sisi sidang puncak Kumpulan 20 (G20), di Bali, Indonesia, esok.



Encik Biden merupakan pemimpin pertama Amerika sejak 2017 yang menghadiri sidang puncak Asean, yang mana beliau merancang mahu memperkukuh ikatan sebagai respons ke atas desakan ketenteraan dan teknologi China di Asia Pasifik.



Berucap di mesyuarat pemimpin Asean itu, Encik Biden berikrar Washington akan bekerjasama dengan Asean "daripada soal Laut China Selatan kepada Myanmar dan mencari huraian baru yang inovatif terhadap cabaran yang dihadapi bersama", katanya semasa ucapan ringkas sehingga tersasul menyebut 'Colombia' semasa merujuk kepada tuan rumah, Kemboja.



Beliau juga merancang mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin Asia, termasuk daripada kalangan sekutu AS, Korea Selatan dan Jepun,



Encik Biden dijangka 'bertembung' dengan Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, di Sidang Puncak Asia Timur, hari ini.



Sidang Puncak Asean ke-40 dan 41 yang kini berlangsung turut menyaksikan pertubuhan serantau itu semalam mempertingkat kerjasama dengan India ke tahap rakan strategik menyeluruh, yang menggaris jalinan baik dua pihak sebagai rakan dialog selama tiga dekad.



Langkah ini bertujuan mempertingkat dagangan dan mengukuh kerjasama dalam bidang seperti prasarana penjagaan kesihatan awam, keselamatan siber dan keterhubungan serantau.



Dalam pertemuan antara pemimpin Asean dengan Naib Presiden India, Encik Jagdeep Dhankar, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata, Singapura amat mengalu-alukan peningkatan jalinan ini.



Encik Lee menyatakan Asean kini memperingati hubungan dialog ke-30 dengan India dan menyifatkan peningkatan jalinan Asean-India sebagai tepat pada masanya.



Tambah Encik Lee, Asean dan India harus juga mempermudah aliran dagangan dan pelaburan dengan lebih baik.



Blok Asean juga kata Encik Lee, mengalu-alukan penilaian semula Perjanjian Dagangan Barangan Asean-India dan berharap ia dapat dimuktamadkan segera.



Dalam pada itu, Menteri Ehwal Luar Ukraine, Encik Dmytro Kuleba, semasa di sisi sidang puncak Asean, menggesa negara-negara anggota untuk mengambil pelbagai langkah bagi menghentikan Russia daripada mengadakan "permainan kelaparan" melibatkan perjanjian bijirin di Laut Hitam Ukraine, yang mungkin berakhir minggu depan.



Perjanjian yang membenarkan eksport makanan dan baja dari beberapa pelabuhan Laut Hitam Ukraine, yang ditangani oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turkey pada 22 Julai lalu, boleh berakhir pada 19 November ini jika Russia atau Ukraine membantah langkah pelanjutannya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >