Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden lahir harapan tiada perang dingin dengan China

G20
Nov 15, 2022 | 06:02 PM





PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan Presiden China, Encik Xi Jinping, mengadakan perbincangan terus terang mengenai Taiwan dan Korea Utara dalam pertemuan mereka yang berlangsung selama tiga jam pada Isnin (14 Nov).


Mereka berharap hubungan dua hala yang tegang sebelum ini dapat dielakkan dari berubah menjadi Perang Dingin.


Malah, dua pemimpin itu bersetuju bahawa senjata nuklear tidak harus digunakan termasuk dalam perang di Ukraine.


Bertemu sehari sebelum berlangsungnya Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di Nusa Dua, Bali, pemimpin dua gergasi ekonomi itu berjabat tangan dalam pertemuan empat mata yang dinantikan dunia.


Dalam sidang akhbar pada 9.30 malam pada Isnin selepas pertemuan bersejarah itu, Encik Biden menyatakan beliau tidak percaya Presiden Xi merancang serangan ke atas Taiwan.


“Saya tidak fikir ada sebarang percubaan yang akan berlaku di pihak China untuk menyerang Taiwan.


“Saya benar-benar percaya tidak perlu ada Perang Dingin baru,” kata Presiden Biden.


Mengenai pertemuan itu, Encik Biden berkata:

Saya tidak mendapati beliau (Encik Xi) lebih konfrontasi atau lebih berdamai. Saya dapati beliau seperti biasa dan berterus terang.”





Namun, Encik Xi lebih tegas dalam menyuarakan pandangan agar Encik Biden tidak melintasi ‘garisan merah’ ke atas Taiwan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >