Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden, McCarthy capai persetujuan naikkan had siling hutang Amerika

May 28, 2023 | 01:05 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan anggota tertinggi kongres Republikan, Encik Kevin McCarthy, telah mencapai perjanjian awal untuk menaikkan siling hutang pemerintah persekutuan sebanyak AS$31.4 trilion ($42.2 trilion), menamatkan kebuntuan selama berbulan-bulan.


“Saya baru sahaja bercakap di telefon bersama Presiden sebentar tadi. Selepas beliau membuang masa dan enggan berunding selama berbulan-bulan, kami telah mencapai persetujuan secara prinsip, yang sesuai untuk rakyat Amerika,” kata Encik McCarthy, yang juga Speaker Dewan, menerusi Twitter.

Encik Biden menyebut perjanjian itu sebagai “langkah penting ke hadapan” dalam satu kenyataan.

“Perjanjian ini menunjukkan satu kompromi, yang bermaksud tidak semua orang mendapat apa yang mereka mahukan. Inilah tanggungjawab pentadbiran,” kata Encik Biden.

Perjanjian itu akan menaikkan had hutang selama dua tahun sambil mengehadkan perbelanjaan sepanjang masa itu, menarik balik dana Covid-19 yang tidak digunakan, mempercepatkan proses kebenaran bagi beberapa projek tenaga, termasuk beberapa keperluan kerja tambahan bagi program bantuan makanan untuk rakyat Amerika yang miskin.

Encik Biden dan Encik McCarthy mengadakan panggilan telefon yang berlangsung selama 90 minit pada Sabtu untuk membincangkan perjanjian itu.

“Kami masih mempunyai lebih banyak kerja untuk dilakukan malam ini untuk menyelesaikan perjanjian ini,” kata Encik McCarthy kepada wartawan di Capitol Hill.

Encik McCarthy berkata beliau jangkakan untuk menyelesaikan perjanjian rang undang-undang itu pada Ahad, sebelum bercakap dengan Encik Biden dan mengadakan undian mengenai perjanjian itu pada Rabu.

“Ia mempunyai pengurangan yang bersejarah dalam perbelanjaan, reformasi ketara yang akan mengeluarkan orang ramai daripada jerat kemiskinan untuk kembali ke dalam tenaga kerja, mengekang tindakan melampau oleh pemerintah seperti tiada cukai baru, tiada program pemerintah baru,” katanya.

Menurut sumber yang mempunyai pengetahuan tentang perjanjian itu, perunding telah bersetuju mengehadkan perbelanjaan budi bicara pada tahap 2023 selama setahun bagi perbelanjaan bukan pertahanan, dan meningkatkannya sebanyak 1 peratus pada 2025.

Perjanjian itu dapat mengelakkan kemungkiran ekonomi yang tidak stabil, selagi mereka berjaya meluluskannya di Kongres yang berpecah-belah sebelum Jabatan Perbendaharaan kekurangan wang untuk menampung semua kewajipannya.

Pada Jumaat, jabatan tersebut telah memberi amaran bahawa kegenjotan ekonomi boleh berlaku jika siling hutang tidak dinaikkan sebelum 5 Jun.

Kedua-dua pihak perlu berhati-hati dalam mencari kompromi untuk mendapat sokongan Dewan, dengan majoriti Republikan 222-213, dan Senat dengan majoriti Demokrat 51-49.

Republikan, yang menguasai Dewan Perwakilan, bersikap kritikal terhadap perjanjian itu dan telah mendesak untuk mengurangkan perbelanjaan, termasuk memberi beberapa syarat yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >