Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden pilih Susan Rice bagi jawatan dasar domestik

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika yang dipilih, Encik Joe Biden, kelmarin mengumumkan beberapa pencalonan pentadbiran, termasuk pegawai era presiden ke-44, Encik Barack Obama.



Ini termasuk bekas penasihat keselamatan negara, Cik Susan Rice, sebagai pengarah Majlis Dasar Domestik Rumah Putih dan bekas ketua kakitangan, Encik Denis McDonough, sebagai setiausaha ehwal veteran.



Pelbagai pencalonan dan pelantikan itu diumumkan dalam kenyataan daripada pasukan peralihan presiden Biden.



Cik Rice adalah calon untuk setiausaha negara, tetapi beliau dijangka menghadapi tentangan sengit daripada Republikan dalam proses pengesahan Senat berhubung peranannya dalam krisis Benghazi pada 2012.



Selain itu, penasihat Encik Biden, Encik Antony Blinke, juga adalah calon untuk peranan berprestij dalam kabinet itu.



Mengetuai Majlis Dasar Domestik akan memastikan Cik Rice, 56 tahun, masuk ke dalam kelompok dalaman Rumah Putih yang dipilih oleh presiden, tetapi ia mungkin dilihat sebagai pelantikan mengejutkan memandangkan pengalamannya dalam dasar luar.



Kedudukan terbabit tidak memerlukan pengesahan daripada Senat.



Encik McDonough, yang memegang banyak peranan dalam pemerintahan Encik Obama, telah dicalonkan untuk memimpin agensi veteran yang dilanda skandal dalam beberapa tahun kebelakangan, manakala Encik Tom Vilsack, setiausaha pertanian Encik Obama selama dua penggal, telah dicalonkan untuk jawatan sama di bawah Encik Biden.



Encik Biden juga memilih pakar perdagangan antarabangsa, Cik Katherine Tai, untuk menjadi wakil perdagangan Amerika dan anggota kongres, Cik Marcia Fudge, untuk bertugas sebagai setiausaha perumahan dan pembangunan bandar.



Dalam pada itu, barisan peguam Presiden Amerika Encik Donald Trump telah memfailkan tuntutan di mahkamah bagi mencabar keputusan pilihan raya presiden pada 3 November lalu di empat negeri utama memberi harapan baharu kepada Presiden AS, Donald Trump.



Tindakan yang disifatkan sebagai usaha terakhir itu difailkan lewat semalam di Mahkamah Agung Amerika bagi mencabar kemenangan Encik Biden di Michigan, Georgia, Pennsylvania dan Wisconsin.



Tuntutan itu dilihat sebagai angkuh dan tidak masuk akal memandangkan tiada negeri berhak dari segi perundangan untuk mencampuri proses pilihan raya di negeri lain.



Texas sebagai negeri tempat Encik Trump menang mendakwa keputusan di empat negeri lain itu "tidak berperlembagaan" kerana penggunaan undi pos secara meluas, yang dikatakan 'cenderung berlaku penipuan' ketika pandemik Covid-19.



Namun, tiada bukti kukuh mengenai penipuan dikemukakan selain tidak mengambil kira penggunaan undian pos di negeri dimenangi Encik Trump.



Penyata tuntutan itu memetik banyak contoh tuduhan kemungkinan penipuan berlaku, yang sebelum ini sudah berulang kali ditolak mahkamah dalam puluhan kes difailkan Encik Trump.



Peguam Negeri Texas, Encik Ken Paxton, meminta Mahkamah Agung Amerika segera membekukan proses pengiraan undi sebelum ia disahkan Badan Undi Pemilih iaitu pihak berkuasa pilihan raya presiden Amerika, yang akan mengesahkan pemenang Isnin ini.



Menurutnya, kegagalan mahkamah campur tangan akan mengesahkan kemenangan Biden, sekali gus mencemari pilihan raya itu dan mana-mana pemilihan akan datang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >