Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden tandatangani perintah 'Beli Buatan Amerika', ikrar segarkan perkilangan AS

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menandatangani satu perintah eksekutif kelmarin yang memberi keutamaan kepada syarikat dan produk Amerika dalam kontrak pemerintah persekutuan, sedang pentadbiran barunya berusaha memacu perkilangan tempatan.



Perintah itu bertujuan meningkatkan pengeluaran nasional dan menyelamatkan pekerjaan industri dengan meningkatkan pelaburan dalam kilang dan pekerja, dan datang selepas Encik Biden berjanji semasa berkempen akan "bangkit kembali lebih baik" ketika ekonomi Amerika bergelut menghadapi pandemik Covid-19.



Washington membelanjakan AS$600 bilion ($796.26 bilion) setiap tahun bagi kontrak, dan perintah itu mengetatkan kelemahan yang membolehkan agensi persekutuan membeli produk dicap 'Buatan Amerika' tetapi sering dihasilkan oleh syarikat yang menghasilkan hanya sebahagian kecil produk mereka di Amerika.



"Perkilangan Amerika adalah senjata demokrasi semasa Perang Dunia Kedua dan ia mesti menjadi sebahagian enjin kemakmuran Amerika sekarang. Itu bererti kita akan menggunakan wang pembayar cukai untuk membina semula Amerika," kata Encik Biden.



Namun, perintah itu berisiko dikenakan terhadap rantaian bekalan luar negara dan juga rakan perdagangan Amerika, terutama negara jirannya Canada.



"Kami selalu prihatin mengenai 'Beli Buatan Amerika'... yang pasti akan menjadi isu sangat sangat tinggi dalam agenda kami dalam bekerja bersama pentadbiran Biden," kata Menteri Kewangan Canada Chrystia Freeland kepada wartawan di Ottawa.



Amerika, Canada dan Mexico membentuk sebahagian daripada perjanjian perdagangan bebas yang berkuat kuasa tahun lalu, dan Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, membangkitkan dasar 'Beli Buatan Amerika' dalam perbualan telefonnya bersama Encik Biden baru-baru ini, kata Cik Freeland, kelmarin.



Namun beliau berkata "Amerika Syarikat menjual lebih banyak kepada Canada daripada yang dijualnya kepada China, Jepun dan UK (United Kingdom) secara keseluruhan.



"Apa yang sebenarnya kami akan tumpukan dalam kerja kami bersama pentadbiran Encik Biden ialah memastikan usaha saling menguntungkan semua pihak," ujarnya.



Kurang seminggu selepas pelantikannya, Encik Biden setakat ini telah menggunakan perintah eksekutif untuk meneruskan agendanya, walaupun perintah terbaru ini sama dengan perintah yang dibuat pendahulunya, mantan presiden Donald Trump.



Encik Trump mengeluarkan perintah eksekutif yang mendesak pemerintah persekutuan membeli lebih banyak produk buatan Amerika dan mengubah tarif menjadi senjata terhadap import.



Encik Biden berkata beliau tidak segera merancang mengubah dasar perdagangan Encik Trump atau mengeluarkan tarif baru, sebaliknya menggunakan kekuatan pembelian besar-besaran pemerintah persekutuan untuk mengukuhkan industri domestik.



Akta Beli Buatan Amerika 1933, yang masih berkuat kuasa, mewajibkan agensi persekutuan mengutamakan pembelian barang yang dihasilkan di bumi Amerika, namun Encik Biden berkata "syarikat besar dan kepentingan khusus telah lama memperguna kekurangan" undang-undang itu.



"Itu akan berubah di bawah pemerintahan kami," katanya, sambil menambah bahawa beliau akan mewujudkan satu jawatan di Rumah Putih untuk mencari jalan memastikan kontrak pemerintah persekutuan ialah bagi kilang Amerika.



Pentadbirannya juga akan mengubah definisi produk buatan Amerika dan mengurangkan kemungkinan berlaku pengecualian.



"Kami akan bekerjasama dengan pengilang dan perniagaan kecil Amerika untuk memberi mereka peluang mengangkat tangan dan berkata, "ya, saya boleh melakukannya di kedai saya, di bandar saya," kata Encik Biden.



Kumpulan perdagangan Perikatan bagi Perkilangan Amerika mengalu-alu langkah Encik Biden, dengan presidennya, Encik Scott Paul, berkata: "Undang-undang harus bermaksud apa yang tertulis: produk Amerika harus benar-benar dibuat di Amerika."



Semasa kempennya Encik Biden berjanji akan memperkuat proses 'Beli Buatan Amerika' dengan rancangan AS$400 bilion bagi projek yang menggunakan produk buatan Amerika - termasuk keluli dan peralatan pelindung bagi pekerja penjagaan kesihatan yang berperang dengan Covid-19. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >