Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden tegaskan AS tidak mahu ‘kawal’ China

Sep 11, 2023 | 11:44 AM



HANOI: Selepas tiga hari kunjungan berprofil tinggi ke ibu kota India dan Vietnam, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden menyatakan bahawa kedatangannya dan usaha untuk mengukuhkan hubungan dengan jiran-jiran China tidak bertujuan “mengawal” Beijing.


Beliau mengulangi kenyataan itu berkali-kali.

“Saya tidak mahu mengawal China,” katanya semasa sidang media di Hanoi selepas meningkatkan hubungan Amerika dengan Vietnam dan berjumpa dengan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi dalam sidang puncak G20 pada hujung minggu.

“Kami tidak cuba menyakiti China,” tegas Encik Biden.

Di bawah pentadbirannya, Encik Biden menyatakan matlamat Amerika adalah “menyatukan hubungan yang betul” antara dua kuasa utama dunia.

Pasukan Biden telah menyatakan sebelum ini bahawa mereka tidak berniat menghalang kemunculan China, walaupun mengenakan kawalan eksport ketat ke atas teknologi penting untuk pembangunan tenteranya dan mengambil langkah mendekati negara-negara lain di Asia.

Kenyataan tersebut, serta mesejnya memberi isyarat terkuat oleh pentadbirannya kepada Beijing bahawa Amerika tidak mahu menimbulkan Perang Dingin baru.

Persinggahan di Hanoi pada Ahad menyusuli lawatan Encik Biden ke India selepas menghadiri Sidang Puncak G20 yang dibuat ketika Washington berusaha untuk menentang pengaruh China di rantau Asia Tenggara.

Pegawai Amerika menekankan lawatan ke Asia adalah untuk memperkukuhkan ikatan sekutu dalam perubahan iklim, pembangunan, dan ekonomi sejagat yang berubah.

Ia memberi petunjuk bahawa hubungan yang lebih baik dengan New Delhi dan Hanoi akan meningkatkan kedudukan Amerika di kawasan tersebut.

Encik Biden menyarankan bahawa beliau belum bertemu dengan Presiden China, Encik Xi Jinping dalam masa 10 bulan kerana pemimpin China itu “sibuk” dengan ekonomi yang tercungap-cungap.

Semasa di Vietnam Encik Biden dan Ketua Parti Komunis Vietnam, Encik Nguyen Phu Trong menandatangani perjanjian untuk meningkatkan hubungan diplomatik antara dua bekas musuh kepada “perkongsian strategik yang menyeluruh” – tahap tertinggi dalam hierarki diplomatik Vietnam, bersama China, Russia, India dan Korea Selatan.

“Peningkatan hubungan kepada ‘perkongsian strategik yang menyeluruh’ lebih daripada sekadar simbolik tetapi akan mempunyai perubahan besar.

“Perjanjian itu akan membawa manfaat besar kepada kedua-dua negara dalam banyak bidang, termasuk ekonomi, perdagangan dan pertahanan, menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan serta di Asia Tenggara,” kata Encik Le Dang Doanh, penasihat kanan ekonomi memberitahu agensi berita Jerman, dpa.


Semasa lawatan, Encik Biden bertemu empat pemimpin tertinggi Parti Komunis. Beliau turut melawat sebuah monumen yang menandakan lokasi jet ditembak jatuh. Ia dinaiki juruterbang, Encik John McCain pada 1967 semasa serangan udara ke atas Hanoi.

Di samping hubungan perdagangan yang semakin rapat, Amerika dan Vietnam berkongsi kebimbangan terhadap kekuatan China yang semakin meluas.

Perselisihan berlanjutan bertahun-tahun kian tegang antara Beijing dengan negara-negara Asia Tenggara, khususnya Vietnam dan Filipina, berhubung tuntutan maritim China yang meluas di Laut China Selatan.

Washington dan Hanoi berjanji pada April untuk meningkatkan hubungan diplomatik apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken singgah dalam perjalanan ke mesyuarat menteri luar Kumpulan Tujuh (G7) di Jepun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >