Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden umum kerjasama AS, rentas Atlantik kembali terjalin

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden telah mengisytiharkan kerjasama "rentas atlantik kembali terjalin" berikutan pemulihan hubungan diplomatik di antara Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah.



Beliau berkata Amerika bertekad untuk bekerjasama semula dengan negara di benua Eropah dan meraih sokongan serta kepercayaan dalam menangani serangan global terhadap demokrasi.



Ketika menyampaikan ucapan sulung mengenai dasar luar negara sejak dilantik sebagai Presiden, Encik Biden menegaskan, sekutu tradisi Amerika perlu kembali menaruh harapan terhadap kepemimpinan Washington, lapor agensi berita AFP.



"Saya memberi mesej jelas kepada dunia. Amerika kini kembali. Sekutu rentas atlantik kembali.



"Amerika tekad bekerjasama semula dengan Eropah, untuk berunding dengan anda, mendapatkan kembali kedudukan kepemimpinan yang dipercayai," katanya berucap dalam Persidangan Tahunan Keselamatan Munich secara dalam talian susulan pandemik Covid-19, di Rumah Putih, kelmarin.



Tekad Encik Biden itu disambut baik Canselor Jerman, Cik Angela Merkel untuk memulihkan 'hubungan pelbagai hala' selepas beberapa tahun berkonfrontasi ketika era pentadbiran mantan Presiden Donald Trump.



Sebelum itu, ketika berucap kepada pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G-7), Encik Biden menegaskan pentadbirannya lebih menekankan usaha mengukuhkan hubungan dengan negara sekutu, berbeza dengan dasar pengasingan dan layanan kasar Encik Trump terhadap sekutu Amerika.



"Kerjasama kami bertahan dan berkembang beberapa tahun kerana mereka berpaksikan kepada kekayaan nilai demokrasi bersama kami.



"Mereka bukan sekadar rakan urus niaga. Mereka bukan sembarangan," katanya merujuk kepada penekanan Encik Trump mentakrifkan semula sekutu sebagai pesaing ekonomi.



Encik Biden berkata kekuatan kolektif satu-satunya kaedah untuk berjaya dalam persaingan di seluruh dunia, ketika demokrasi dan autokrasi berada pada 'titik perubahan'.



"Di kebanyakan tempat, termasuk di Eropah dan Amerika, kedudukan demokrasi sedang menghadapi ancaman.



"Sejarawan akan meneliti dan menulis detik ini. Ini adalah titik perubahan. Saya percaya dengan setiap nilai, demokrasi pasti berlaku," katanya.



Encik Biden turut menekankan beliau enggan kembali kepada era 'Perang Dingin' selain menegaskan masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama dalam isu seperti Covid-19, perubahan iklim dan isu yang berdepan dengan pertikaian.



Beliau turut menyeru rakan kongsi Amerika agar bersama menentang apa yang dikatakan sebagai 'penyalahgunaan dan paksaan ekonomi pemerintah China yang melemahkan asas sistem ekonomi antarabangsa'.



"Syarikat China harus diletakkan pada standard yang sama dengan syarikat Amerika dan Eropah yang menghadapi sekatan berat terhadap kehadiran mereka di China," katanya.



Mengenai Iran, Encik Biden mengulangi janjinya untuk kembali ke rundingan dengan Teheran dalam program nuklearnya, tetapi menegaskan aktiviti yang menggugat kestabilan Iran dan seluruh Asia Barat perlu ditangani sebaiknya.




"Saya memberi mesej jelas kepada dunia. Amerika kini kembali. Sekutu rentas atlantik kembali. Amerika tekad bekerjasama semula dengan Eropah, untuk berunding dengan anda, mendapatkan kembali kedudukan kepemimpinan yang dipercayai."
- Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden ketika berucap dalam Persidangan Tahunan Keselamatan Munich.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >