Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden utus surat ucap tahniah kepada Prabowo

Mar 15, 2024 | 11:41 AM
Encik Prabowo Subianto menerima kunjungan Encik Yohannes Abraham pada 14 Mac, untuk menyampaikan surat ucapan tahniah Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden kepada Encik Prabowo kerana mendahului dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia.
Encik Prabowo Subianto menerima kunjungan Encik Yohannes Abraham pada 14 Mac, untuk menyampaikan surat ucapan tahniah Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden kepada Encik Prabowo kerana mendahului dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia. - Foto INSTAGRAM PRABOWO

JAKARTA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah menghantar surat peribadi kepada Encik Prabowo Subianto untuk mengucapkan tahniah kepada beliau kerana mendahului dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Februari.

Salinan surat itu, yang bertarikh 12 Mac, disiarkan di akaun Instagram Prabowo pada 14 Mac, lapor Jakarta Globe.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Indonesia atas kejayaan pilihan raya itu – satu bukti komitmen bersama kita terhadap demokrasi –- dan kepada anda kerana mendahului dalam pengiraan undi Pilihan Raya presiden,” tulis Encik Biden.

“Saya menantikan pengumuman keputusan rasmi.”

Surat Encik Biden diserahkan kepada Encik Prabowo oleh Duta Besar Amerika ke Asean, Encik Yohannes Abraham, pada 14 Mac.

Ia berlaku hampir seminggu selepas dua negara itu menyambut ulang tahun ke-75 hubungan dua hala.

“Selama 75 tahun, Indonesia dan Amerika Syarikat semakin rapat – terikat oleh nilai bersama kita dan wawasan demokrasi, pluralistik untuk dunia,” tulis Encik Biden.

“Bersama-sama, kita juga telah menjaga kestabilan antarabangsa, termasuk menempa masa depan untuk Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, makmur dan selamat,” tambahnya.

“Kita lebih kuat – dan dunia lebih selamat – apabila Indonesia dan Amerika Syarikat bersatu.”

Dalam balasannya, Encik Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan, menulis beliau “sangat berbesar hati” menerima surat ucapan tahniah daripada Encik Biden. Beliau juga berterima kasih kepada Encik Abraham kerana menyampaikan surat itu secara peribadi.

“Kita tetap komited untuk mengukuhkan ikatan sejarah antara negara kita melalui kerjasama selanjutnya, sedang kita terus meraikan persahabatan yang terjalin antara Indonesia dengan Amerika Syarikat selama lebih 75 tahun,” tulis Encik Prabowo.

Ucapan tahniah itu dianggap penting kerana Encik Prabowo adalah tokoh politik dan tentera yang penuh dengan kontroversi.

Beliau pernah disenarai hitam oleh Amerika atas tuduhan hak asasi manusia dan tindakan Tentera Nasional Indonesia (TNI), yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI), di beberapa wilayah konflik timur negara itu.

Keputusan awal tidak rasmi menunjukkan Encik Prabowo semakin jelas akan memenangi pilihan raya itu, dengan jangkaan beliau dilantik sebagai Presiden pada Oktober. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg