Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bila bubar parlimen: Tunggu pengumuman rasmi, kata Ismail Sabri

Oct 10, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta semua pihak supaya menunggu pengumuman rasmi pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15).



Ditanya berhubung pelbagai spekulasi mengenai pembubaran Parlimen, Datuk Ismail Sabri enggan mengesah atau menafikannya kerana tidak mahu mencetuskan spekulasi baru, lapor Berita Harian Malaysia.



Beliau juga tidak memberi pengesahan sama ada pembubaran Parlimen akan dilaksanakan sebelum Bajet 2023 diluluskan, selain enggan memberi sebarang jaminan belanjawan negara akan diluluskan sebelum Parlimen dibubarkan.



"Tak apa, kita tunggu dulu. Untuk pembubaran ini, tunggu pengumuman. Apa pun saya cakap, akan ada spekulasi. Tunggu dulu.



"Soalan ini (harap Bajet 2023 diluluskan sebelum pembubaran Parlimen) pun kalau saya jawab, dah ke arah spekulasi baru. Tunggu dulu," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, semalam.



Datuk Ismail Sabri turut ditanya sama ada Bajet 2023 yang dibentangkan kelmarin, akan diluluskan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.



Khamis lalu, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.



Bagaimanapun, spekulasi ketika itu mengatakan beliau dijangka turut memohon pembubaran Parlimen di samping membincangkan mengenai Bajet 2023.



Berdasarkan keputusan Umno itu, ramai pihak berpandangan Parlimen perlu dibubar awal atau pertengahan bulan ini, kerana PRU15 berisiko diadakan pada musim tengkujuh dan banjir jika ia dibubarkan lebih lewat dari tempoh itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >