Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bilal ditikam di masjid London

Feb 21, 2020 | 10:14 AM
Gambar yang diterbitkan di Twitter menunjukkan pegawai polis menahan seorang lelaki di dewan sembahyang sebuah masjid di London.
Gambar yang diterbitkan di Twitter menunjukkan pegawai polis menahan seorang lelaki di dewan sembahyang sebuah masjid di London. - Foto: Twitter

LONDON: Seorang bilal berusia 70-an tahun telah ditikam di sebuah masjid di London pada Khamis (20 Februari).

Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditahan kerana disyaki cuba membunuh, kata pegawai polis dan masjid.

"Penyerang itu ditahan oleh jemaah hingga polis tiba dan menangkapnya," kata London Central Mosque Trust dalam satu kenyataan.

"Muazin itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa tetapi cedera parah dan dirawat di hospital."

Polis Metropolitan London berkata detektif tidak percaya kejadian itu berkaitan dengan pengganasan.

Gambar yang diterbitkan di Twitter menunjukkan pegawai polis menahan seorang lelaki di dewan sembahyang masjid, berhampiran Regents Park, dan membawanya pergi. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg