Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bilangan pelancong ke Batam naik, hampir 60% dari S’pura

Jan 08, 2024 | 03:17 PM



BATAM: Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia merekodkan kunjungan pelancong asing ke Batam meningkat pada November 2023, dengan jumlah kunjungan sebanyak 100,866 orang.


Jumlah itu meningkat 25.79 peratus berbanding Oktober 2023, dengan 80,189 lawatan.

Kunjungan pelancong ke Batam pada November 2023 turut meningkat 25.04 peratus berbanding tempoh sama pada 2022.

Peningkatan kemasukan pelancong asing pada November 2023 ke Batam adalah dari Pelabuhan Feri Batam Centre, Pelabuhan Nongsa Pura, Pelabuhan Feri Harbour Bay, Pelabuhan Antarabangsa Sekupang, dan Lapangan Terbang Internasional Hang Nadim.

Pelancong Singapura mendominasi jumlah pelancong asing.

Data BPS juga menunjukkan pelancong asing di Batam pada November 2023 kebanyakannya warga Singapura, mencecah 59.65 peratus daripada jumlah pelancong asing.

Ketua Badan Pengusaha (BP) Batam, Encik Muhammad Rudi, menghargai kenaikan itu dan berkata mereka boleh mencapainya hasil usaha pemerintah dan BP Batam, mempercepatkan pembangunan prasarana sokongan, untuk kemajuan sektor pelancongan.

“Ini adalah isyarat positif kepada kebangkitan ekonomi Batam.

“Kita harus bersama-sama mengekalkan pencapaian itu, agar kemajuan Batam dapat dirasai oleh semua elemen masyarakat,” katanya pada 5 Januari.

Selain itu, pertambahan pelancong asing turut memberi kesan kepada kadar penghunian hotel di Wilayah Kepulauan Riau.

Menurut data BPS lagi, penghunian hotel di wilayah itu pada November 2023 adalah purata 60.91 peratus atau meningkat 17.08 peratus, berbanding Oktober 2023 dengan purata 43.83 peratus.

“Keterujaan ekonomi juga akan bertambah dengan peningkatan ini. Semoga ekonomi Batam akan terus bergerak pesat pada masa hadapan,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >