CHICAGO: Tiada siapa yang akan naik ke pentas di Konvensyen Nasional Demokrat minggu ini dengan pengalaman luas memberi ucapan padu selain daripada bekas Presiden Bill Clinton.
Apabila beliau tampil pada malam 21 Ogos di United Center, ia akan menjadi kali ke-12 beliau berucap dalam sidang empat tahunan parti itu, satu rekod retorik yang menyebabkan beliau digelar sebagai “setiausaha menjelaskan perkara.”
Tetapi perkembangan sedozen ucapannya itu mencerminkan kisah yang lebih besar tentang kehidupan politik Encik Clinton, kisah-kisah menggemparkan yang telah menjadikannya salah seorang tokoh kehidupan Amerika yang paling kekal dalam era moden.
Beliau telah berubah daripada bintang muda yang sedang meningkat naik kepada seorang calon presiden yang dinamik kepada penyandang popular dan pernah terlibat dalam skandal sebagai suami kepada negarawan yang bijak.
Justeru, tidak menghairankan beliau begitu mengambil serius dalam konvensyen demokrat itu.
Menurut seseorang yang biasa dengan proses itu, Encik Clinton membatalkan draf ucapannya pada malam 19 Ogos selepas menyaksikan prosiding hari pertama konvensyen tersebut.
Individu berkenaan yang membuat persiapan di belakang tabir, menyatakan Encik Clinton membuat kesimpulan bahawa, atas semangat Encik Mario Cuomo, gabenor New York yang memberikan ucapan dasar dalam konvensyen 1984, beliau memerlukan lebih banyak puisi, bukan prosa.
Encik Clinton, yang berusia 78 tahun pada 19 Ogos, adalah sebaya dengan bekas Presiden Encik Donald Trump dan tiga tahun lebih muda daripada Presiden Joe Biden.
Dasar reformasi kebajikan, perdagangan bebas, pengimbangan belanjawan tidak begitu popular dalam Parti Demokrat hari ini. Ditambah dengan sejarah ketidakbijaksanaan seksual Encik Clinton, kehadirannya mungkin kelihatan agak sumbang di konvensyen yang dikhaskan untuk memilih presiden wanita pertama.
Namun, konvensyen tersebut mengenai penyerahan obor generasi, dan Demokrat berharap ucapan Encik Clinton akan membantu mengesahkan Naib Presiden Kamala Harris, 59 tahun, terutamanya dengan pengundi kelas pekerja di Midwestern dan Sun Belt.
“Beliau mematahkan rentak kekalahan presiden kami yang lama dan menghubungkan semula parti kami dengan kelas pertengahan yang dilupakan,” kata kumpulan pengasas Majlis Kepimpinan Demokratik yang menyokong Encik Clinton, menerui media sosial pada 21 Ogos. - NYTimes
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg