Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bina momentum dari Covid-19, ubah ekon

PM Lee beri ucapan dalam Rapat Hari Pekerja kepada 900 anggota kesatuan di Downtown East, 1,000 lagi ikuti di alam maya
May 02, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mesti membina momentum daripada pandemik Covid- 19 dan terus mengubah ekonomi, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Rapat Hari Pekerja semalam.



Singapura perlu terus 'membuka mata' kepada peluang baru, meneruskan usaha transformasi dan memperkukuh daya ketahanan bagi masa depan, kata Encik Lee dalam ucapannya kepada sekitar 900 anggota kesatuan yang berhimpun di Downtown East dan lagi 1,000 yang menyertai rapat itu secara maya.



Beliau berkata, selain menyumbang idea, gerakan pekerja terlibat dalam kerja keras mengubah dan mempertingkat ekonomi, dan juga produktiviti perniagaan dan pekerja.



"Ini tidak hanya bergantung pada dasar negara yang betul. Untuk merealisasikannya, setiap perniagaan dan setiap pekerja perlu berusaha.



"Transformasi perniagaan dan peningkatan kemahiran, kedua-duanya mesti seiringan, agar apabila pekerjaan baru diwujudkan, pekerja dilengkapi dengan kemahiran untuk melakukan kerja itu, dan apabila terdapat teknologi dan kemajuan, pekerja tidak terpinggir," kata beliau.



Encik Lee berkata Singapura telah mendorong kuat agar usaha bagi pendigitalan, automasi, peningkatan kemahiran dan latihan dijalankan - yang diketengahkan setiap Hari Pekerja selama beberapa tahun kini.



Namun, Encik Lee menambah, beliau gembira usaha itu ditekankan kerana apabila pandemik Covid-19 memaksa rentak pelaksanaannya menjadi lebih pantas, perniagaan dan pekerja tidak rasa terkejut.



Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi contoh syarikat yang menjalani transformasi dan menyesuaikan diri merebut peluang baru.



Antaranya syarikat kejuruteraan jitu Certact Engineering, yang perniagaan utamanya dahulu adalah menghasilkan bahagian logam untuk syarikat perkilangan semikonduktor.



Syarikat itu menemui peluang dalam mengembangkan sayap kejuruteraan plastiknya, yang menyaksikan permintaan tinggi di tengah-tengah pandemik, terutamanya membuat bahagian plastik bagi peralatan perubatan seperti ventilator.



Untuk melakukan perubahan, Certact menyertai inisiatif Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan bekerja rapat dengan Kesatuan Sekerja Pekerja Perkilangan Lanjutan (AMEU) untuk melakarkan perubahan operasi dan teknologi yang diperlukan, dan pekerjaan yang perlu direka semula.



Encik Lee berkata usaha yang dilakukan Certact itu menunjukkan antara cara bagi syarikat merealisasikan transformasi perniagaan.



"Syarikat dengan amalan bertumpukan pada pekerja akan berjaya dalam pasaran pekerja masa depan.



"Kita perlu manfaatkan sepenuhnya potensi tenaga pekerja domestik kita. Populasi penduduk kita hampir tidak berkembang. Tenaga kerja kita semakin menua. Ekonomi menjana lebih banyak pekerjaan daripada pekerja yang kita ada... Pekerja akan menjadi hambatan berterusan bagi Singapura," tambah beliau.




LANGKAH PASUKAN 4G



"Pasukan 4G dan saya akan menerajui satu usaha untuk menyuntik kesegaran kepada kompak sosial, di mana kita akan mendekati pihak berkepentingan daripada setiap sektor seperti pihak kesatuan, warga dan sektor privet...



Secara ringkas, kita mempunyai matlamat untuk membangunkan agenda 'Forward Singapore' yang akan menetapkan peta jalan bagi dekad akan datang dan selanjutnya."
- Encik Lawrence Wong, Menteri Kewangan yang juga ketua pemimpin 4G.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >