PERSAINGAN sengit dijangka berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Johor namun kelebihan struktur kelihatan condong kepada Barisan Nasional (BN).
Penyandang kuasa itu boleh kehilangan lebih banyak kerusi bandar dan separa bandar serta luar bandar yang rencam, tetapi dijangka mampu mengekalkan struktur kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).