Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BN mungkin gabung semula dengan PN: Ahli panel BH

Nov 19, 2022 | 10:20 PM



BARISAN Nasional (BN) akan bergabung semula dengan Perikatan Nasional (PN) dan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Gabungan Parti Sarawak (GRS) untuk membentuk kerajaan campuran yang baru.


Itulah  pandangan sebulat suara tiga orang ahli panel forum Berita Harian yang dianjurkan atas talian Zoom dari Kuala Lumpur.


Datuk Dr Ramalan Yunus penganalisis politik (BN); Encik Noorazmir Zakaria seorang peguam (Pakatan Harapan); dan Encik Mohd Azrul Azuan, seorang usahawan (PN), sependapat tidak mungkin sebuah parti berupaya mendapat kemenangan majoriti mudah tanpa bergabung untuk membentuk kerajaan.


Encik Noorazmir berpendapat adalah sukar PH menang lebih daripada 100 kerusi di semenanjung dan membentuk kerajaan sendiri.


Ini lebih dirumitkan lagi kerana sudah wujud sebenarnya suatu perjanjian tidak bertulis antara BN dan PN untuk membentuk kerajaan campuran sekiranya keadaan mendesak.


Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.


“Kenyataan Datuk Seri Takiyuddin yang menyuarakan kesediaan PAS menyokong BN walaupun dinafikan kemudian oleh Tuan Guru Hadi adalah pertanda jelas ini akan berlaku.


“Ini bukan setakat pandangan beliau kerana beliau merujuk pada Tuan Guru sewaktu membuat kenyataan itu”, tegas Encik Noorazmir.


Encik Mohd Azrul menambah bahawa  GRS di Sabah dan GPS di Sarawak juga lebih berpihak pada BN dan bukan PH.


Malah GPS adalah musuh politik utama Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Datuk  Dr Ramalan mengakui kecenderungan BN untuk bergabung dengan PN  itu memang cukup tinggi dan disokong Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan.


Bagaimanpun beliau mengharapkan PH juga turut serta menyumbang supaya lima tahun akan datang ini kita aman damai.


“Saya ingin melihat sebuah unity government yang dipimpin BN kerana tahun depan ekonomi dijangka buruk.

“Mungkin tidak perlu lagi blok pembangkang seperti Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.


“Cukup-cukuplah bertahun-tahun kita bergaduh. Elok lah kita berdamai dan stabilkan negara dan ekonomi.” kata Datuk Dr Ramalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >