Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

JELANG PILIHAN RAYA M'SIA

BN rancang tampil ramai muka baru dalam pilihan raya

Oct 17, 2022 | 05:30 AM



BARISAN Nasional (BN) akan menampilkan 70 peratus muka baru bagi mewakili parti berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata muka baru yang akan dipertandingkan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibubarkan akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria.



"Bagi calon Ahli Parlimen dan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri yang telah dibubarkan, saya berazam 70 peratus akan terdiri daripada muka-muka baru.



"Dan tentunya bukan mudah untuk memilih calon-calon berkenaan. Kita mahu menentukan calon untuk pengundi adalah calon-calon muka baru yang mempunyai kaliber, mempunyai kelulusan akademik dan akhlak yang baik, serta mempunyai komitmen tinggi untuk bantu rakyat," katanya, semalam.



Datuk Ahmad Zahid, yang juga Presiden Umno, berkata daripada kesemua jumlah calon yang akan diketengahkan BN nanti, 30 peratus akan turut terdiri daripada sayap Wanita dan Puteri Umno.



Selain terdiri daripada yang berjawatan seperti Exco di peringkat nasional, golongan wanita profesional juga berkemungkinan besar akan disenaraikan sebagai calon BN pada PRU15 nanti.



"Kita akan bertanding di 191 kerusi Parlimen yang mana selain calon-calon daripada Umno dan parti komponen BN, kita akan ketengahkan juga calon daripada Friends of BN," jelas beliau.



Friends of BN dianggotai Parti Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM).



Dalam masa yang sama, Datuk Ahmad menegaskan dakwaan beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Umno dan BN memenangi PRU15 merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan parti. Presiden Umno itu menjelaskan, parti itu mengekalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada April lalu yang menamakan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai calon Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >