Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boikot produk Israel tidak jejas pelaburan di Indonesia: Menteri

Nov 28, 2023 | 11:05 AM
KEKAL OPTIMIS: Menteri Pelaburan dan Ketua Dewan Koordinasi Pelaburan Nasional (BKPM) Indonesia, Bahlil Lahadalia (depan tengah), yakin bahawa pelaburan ke Indonesia kekal utuh.
KEKAL OPTIMIS: Menteri Pelaburan dan Ketua Dewan Koordinasi Pelaburan Nasional (BKPM) Indonesia, Bahlil Lahadalia (depan tengah), yakin bahawa pelaburan ke Indonesia kekal utuh. - Foto FACEBOOK / BAHLIL LAHADALIA

JAKARTA: Menteri Pelaburan dan Ketua Dewan Koordinasi Pelaburan Nasional (BKPM) Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, menyatakan bahawa pelaburan di Indonesia akan tetap menguntungkan walaupun terdapat boikot terhadap produk-produk yang berkaitan dengan Israel.

Encik Bahlil menyuarakan keyakinan bahawa sasaran pelaburan tahun 2023 sebanyak Rp1.400 trilion ($120 bilion) boleh dicapai. “Setakat hari ini, sasaran pelaburan kita masih berada di landasan yang betul... insya-Allah, ia dapat dicapai,” katanya di Jakarta.

Namun, beliau mengakui bahawa pihaknya belum dapat menilai kesan boikot tersebut terhadap iklim pelaburan di Indonesia. “Kami masih memerlukan lebih banyak data dan kemas kini semasa mengenai isu ini,” jelas Encik Bahlil.

Beliau menambah bahawa sasaran pelaburan untuk tahun 2023 masih selaras dengan jangkaan. Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa tekanan terhadap pasaran kewangan domestik kini berkurangan seperti yang dibuktikan dengan pengukuhan kadar tukar rupiah yang telah pulih ke sekitar Rp15,000 bagi setiap dolar Amerika Syarikat.

“Kadar tukaran kita telah dapat mengekalkan kestabilan pada Rp15,000 per dolar Amerika. Ini adalah tanda positif dan akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara kita,” tegasnya.

Encik Bahlil menegaskan bahawa sektor pelaburan langsung asing (FDI) terus berkembang seperti yang dijangkakan. “Setakat ini, belum ada aduan dari pelabur asing mengenai boikot,” tambah beliau.

Pada 10 November, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa menggesa orang ramai memboikot barangan dan perkhidmatan syarikat yang menyokong Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Menteri Agama, Encik Yaqut Cholil Qoumas, menyatakan bahawa fatwa tersebut merupakan bentuk solidariti dari rakyat Indonesia dalam menyokong perjuangan Palestin.

Fatwa MUI, bagaimanapun, tidak mempunyai kuasa undang-undang, namun berpengaruh bagi menggalakkan umat Islam di negara berpenduduk majoriti Islam paling ramai di dunia itu supaya tidak mengambil tindakan tertentu yang menyokong Israel.

Indonesia, yang menyokong kemerdekaan Palestin, menggesa penyelesaian konflik berdasarkan ketetapan rumusan dua negara yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg