Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bolsonaro nafi hasut tindakan rampas kuasa di Brasilia

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



BRASILIA: Mantan presiden Brazil, Encik Jair Bolsonaro, menyangkal tuduhan penggantinya, Encik Luiz Inacio Lula da Silva, kononnya beliau menghasut tindakan merampas kuasa di Brasilia, dan mengutuk perbuatan "menjarah dan menceroboh bangunan-bangunan awam" di ibu kota negara itu.



Encik Bolsonaro menolak dakwaan Presiden Lula yang disifatkannya sebagai "tidak berasas."



Beliau berkata di halaman Twitter, bahawa tunjuk perasaan secara aman adalah sebahagian daripada proses demokrasi, tetapi sebarang pencerobohan ke atas bangunan pemerintah adalah tindakan melampaui batas.



Para penyokong mantan presiden yang berhaluan kanan itu telah menceroboh bangunan parlimen, istana presiden dan Mahkamah Agung, dalam satu gerakan mirip seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dua tahun lalu, oleh penyokong bekas presiden Donald Trump.



Tindakan kekerasan itu, yang berlaku sekitar tiga jam, membuktikan adanya perpecahan yang mencengkam negara itu, selepas beberapa hari pelantikan Encik Lula sebagai presiden baru.



Namun, para penunjuk perasaan itu telah merosakkan, melontar perabot melalui tingkap kaca yang dipecahkan di istana presiden, mengakibatkan dewan parlimen dipenuhi air dari sistem pemercik air, dan menggeledah dewan upacara rasmi di Mahkamah Agung.



Presiden Lula mengarahkan campur tangan pasukan keselamatan negara itu di Brasilia, yang akan berkuat kuasa hingga 31 Januari ini, selepas pasukan keselamatan ibu kota tidak dapat membendung tindakan penunjuk perasaan.



Presiden Lula menuduh Encik Bolsonaro menghasut para penyokongnya berikutan dakwaan berterusan tentang penipuan dalam pilihan raya lalu.



"Tindakan merosak ini, yang boleh kita panggil fanatik Nazi, fanatik Stalin...fanatik fasis, melakukan apa yang belum pernah terjadi dalam sejarah negara ini," kata Encik Lula, yang sedang melakukan kunjungan rasmi ke wilayah Sao Paulo.



"Orang-orang yang melakukan semua ini, akan dicari dan dihukum."



Sekutu-sekutu presiden telah mempersoalkan tentang bagaimana pasukan keselamatan tidak bersedia menghadapi penunjuk perasaan di ibu kota Brasilia, yang telah merancang tindakan itu beberapa hari melalui media sosial, untuk berhimpun pada hujung minggu bagi mengadakan tunjuk perasaan.



Pemandangan orang awam yang berpakaian bewarna kuning dan hijau, berkeliaran di ibu kota negara itu - kemuncak ketegangan yang sudah mula dirasakan sejak pilihan raya pada 30 Oktober lalu.



Encik Bolsorano, yang kini berada di Amerika Syarikat, telah dikalahkan oleh Encik Lula yang berhaluan kiri, dalam pilihan raya tersebut.



Para penyokong Encik Bolsorano enggan menerima kekalahan itu dan mendesak Encik Lula supaya meletak jawatan.- Agensi berita.




“Ini adalah serangan pengecut dan keji ini terhadap demokrasi. Pemerintah Encik Lula mendapat sokongan penuh Chile.”
– Presiden Chile, Encik Gabriel Boric.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >