Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Boris Johnson undur diri sebagai AP

Langkah dilihat mantan perdana menteri Britain sebagai mengakhiri kerjaya politiknya
Jun 10, 2023 | 08:28 PM



LONDON: Mantan Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, secara serta-merta meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen pada Jumaat sebagai bantahan terhadap penggubal dasar yang sedang menyiasat tingkah lakunya sekaligus mendedahkan perpisahan di dalam Parti Konservatif yang sedang berkuasa sebelum pilihan raya umum dijangka berlangsung pada 2024.


Encik Johnson sedang disiasat di bawah satu siasatan Parlimen yang sedang melihat sama ada beliau telah menyebabkan kekeliruan di Dewan Rakyat berkenaan satu pesta yang melanggar peraturan sekatan pergerakan di Downing Street semasa pandemik Covid-19.

Selepas beliau menerima satu surat sulit dari Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen itu, beliau mendakwa para penggubal dasar yang sedang menyiasatnya itu bertindak seolah dalam “mahkamah kanggaru” (bertindak tanpa sebarang bukti) dan mempunyai hasrat memusnahkan kerjaya politiknya.

Encik Johnson mendakwa jawatankuasa itu telah melakukan satu “serangan politikal”, katanya dalam satu kenyataan.

“Saya dipaksa keluar oleh sekumpulan kecil individu, yang tidak mempunyai bukti bagi menyokong tuduhan mereka,” katanya lagi.

Jawatankuasa hak istimewa Parlimen itu – iaitu badan disiplin utama bagi para penggubal dasar – mempunyai kuasa untuk menggantung Encik Johnson daripada menyertai sidang Parlimen.

Jika beliau dikenakan demikian selama lebih 10 hari, pengundi di kawasan undinya boleh meminta agar beliau bertanding dalam satu pilihan raya semula untuk meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Encik Johnson menyatakan beliau mungkin akan kembali ke arena politik, sambil mengisytiharkan beliau akan mengundurkan dirinya dari Parlimen “buat masa ini”.

Namun keputusannya untuk meletak jawatan itu telah menamatkan kerjaya politiknya yang mencecah 22 tahun.

Encik Johnson sedang disiasat di bawah Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen yang sedang melihat sama ada beliau telah menyebabkan kekeliruan di Dewan Rakyat berkenaan satu pesta yang melanggar peraturan sekatan pergerakan di Downing Street semasa pandemik Covid-19.

Perjalanan politik Encik Johnson menyaksikannya naik pangkat dari seorang Anggota Parlimen kepada mayor atau datuk bandar London dan kemudian menjadi pemimpin yang berupaya mencabar pungutan suara Kesatuan Eropah pada 2016 agar rakyat Britain memilih Brexit – iaitu bagi Britain meninggalkan kesatuan tersebut.

Jawatannya sebagai Perdana Menteri menjadi sasaran ekoran kemarahan daripada ahli partinya sendiri serta dari serata negara kerana menganjurkan pesta yang melanggar undang-undang sekatan pandemik.

Pesta itu diadakan di pejabat dan juga di rumahnya di Downing Street.

Encik Johnson berkata jawatankuasa itu tidak mempunyai “sebarang bentuk bukti” terhadapnya sehingga kini.

“Saya tidak berseorangan dan berpandangan adanya satu langkah tuduhan melulu yang dilakukan sebagai balasan terhadap saya atas Brexit dan sekali gus memutar balik keputusan pungutan suara 2016,” katanya.

“Memaksa saya keluar adalah langkah penting yang pertama dan saya percaya ada percubaan bersubahat agar perkara itu berlaku.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >