ROME: Seramai 700 orang dikhuatiri lemas selepas sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin karam di lautan dekat pantai Libya, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Seramai 28 orang pula diselamatkan dalam kejadian itu yang berlaku di kawasan berdekatan perairan Libya, di selatan pulau Lampedusa dekat Italy, menurut pegawai itu.