Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain akan tarik balik sekatan jika Russia undur tentera

Mar 27, 2022 | 05:02 PM



SETIAUSAHA Luar Britain, Cik Liz Truss, berkata sekatan Britain terhadap Russia berkaitan pencerobohan negara itu ke atas negara jirannya Ukraine boleh ditarik balik jika Moscow komited pada gencatan senjata sepenuhnya dan mengundurkan tenteranya.

Dalam satu wawancara akhbar, Cik Truss berkata Kremlin juga mesti bersetuju bagi “tiada pencerobohan lanjut” terhadap Ukraine.

Dalam satu kerjasama dengan sekutu Barat lain, Britain telah mengenakan sekatan ke atas lebih 1,000 individu dan perniagaan Russia dan Belarus dalam beberapa minggu lalu, dengan pusingan sasaran terbaru diumumkan hanya beberapa hari lalu.





“Sekatan hanya harus ditarik balik sejajar dengan gencatan senjata penuh dan pengunduran tentera, dan juga komitmen bahawa tidak akan ada lagi pencerobohan,” kata Cik Truss kepada Sunday Telegraph.

“Dan juga, ada pilihan untuk mengenakan semula sekatan jika terdapat pencerobohan selanjutnya pada masa hadapan.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >