LONDON: Semua pertemuan sosial yang melebihi enam orang akan dilarang di England, di bawah syarat batasan baru yang diumumkan Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, sedang kes koronavirus Covid-19 di negara itu semakin meningkat.
Pihak polis akan mempunyai kuasa baru untuk menyuraikan dan mendenda mana-mana kumpulan yang melebihi enam orang yang bertemu di kawasan dalam atau luar rumah mulai Isnin ini.