Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak 10 dan 11 tahun ditahan setelah naiki motosikal 400km dari Madura, Indonesia

Nov 24, 2023 | 11:02 AM
JARAK PERJALANAN: Kedua-dua budak lelaki 10 tahun dan 11 tahun telah melalui perjalanan sekitar 400 kilometer dari Pangarengan, Madura, sebelum ditahan oleh polis di Semarang selepas didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keladar.
JARAK PERJALANAN: Kedua-dua budak lelaki 10 tahun dan 11 tahun telah melalui perjalanan sekitar 400 kilometer dari Pangarengan, Madura, sebelum ditahan oleh polis di Semarang selepas didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keladar. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS

SEMARANG: Dua budak lelaki berusia 10 dan 11 tahun ditahan pihak polis Indonesia setelah mereka disyaki menunggang motosikal tanpa topi keladar.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua budak lelaki itu difahamkan dalam perjalanan dari Pangarengan, Madura, ke Jakarta – jarak perjalanan antara kedua-dua kota itu adalah lebih 800 kilometer – untuk berjumpa rakan mereka.

Mereka ditahan oleh Unit Trafik Polis Tengaran, Semarang, selepas didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Apabila mereka ditahan, mereka dipercayai telah melakukan perjalanan sejauh 400 kilometer.

Dilaporkan mereka juga dipercayai meminjam wang sebanyak Rp100,000 ($8.60) daripada jiran mereka untuk membiayai minyak serta makanan mereka sepanjang perjalanan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Tengaran, AKP Supeno, memberitahu kedua kanak-kanak itu telah menempuh perjalanan dengan menggunakan motosikal jenis Honda Beat.

Hasil siasatan mendapati mereka ke Jakarta tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa masing-masing.

Polis kemudiannya menghubungi keluarga mereka mengenai kejadian tersebut dibenarkan untuk dibawa pulang. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg