Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak Texas 'YouTuber' dengan pendapatan tertinggi

Dec 19, 2020 | 11:52 PM



NEW YORK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dari Texas, Amerika Syarikat, berada di tangga teratas senarai tahunan sensasi YouTube dengan pendapatan tertinggi buat tahun ketiga berturut-turut.



Senarai itu disiapkan majalah perniagaan antarabangsa terkenal Forbes.



Menurut senarai itu, pendapatan pempengaruh cilik, Ryan Kaji, mencecah hampir AS$30 juta ($40 juta) tahun ini.



Ryan mengulas mainan dan permainan komputer di saluran YouTube Ryan's World yang mempunyai 41.7 juta pengikut dan 12.2 bilion tontonan.



Video paling terkenal yang pernah dihasilkan adalah Huge Eggs Surprise Toys Challenge yang mempunyai lebih dua bilion tontonan, menjadikannya salah satu daripada 60 klip video paling banyak ditonton di YouTube, dedah laman berita The Guardian.



Selain meraih sejumlah AS$29.5 juta daripada video 'unboxing' atau membuka kotak mainan selangkah demi selangkah sebelum membuat ulasan, jualan barangan berjenama Ryan yang dijual di Target, Amazon dan Walmart meraih jualan AS$200 juta tahun lalu.



Ryan juga telah menandatangani kontrak bersama saluran kanak-kanak Nickelodeon bagi siri rancangan bertajuk Ryan's Mystery Playdate, lapor Forbes.



Majalah itu menambah 10 sensasi YouTube dengan pendapatan tertinggi yang disenaraikan secara keseluruhan dianggarkan mempunyai pendapatan AS$211 juta dari Jun 2019 hingga Jun 2020. Jumlah ini melonjak 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Pandemik koronavirus, tambah Forbes, menambah perniagaan buat YouTube yang menjadi daya tarikan ramai yang terkurung di rumah sewaktu pandemik.



Sensasi YouTube dengan pendapatan kedua tertinggi adalah nama baru pada senarai Forbes. Beliau adalah Jimmy Donaldson yang lebih dikenali sebagai Mr Beast. Anggaran pendapatannya ialah AS$24 juta.



Selebriti digital berusia 22 tahun ini terkenal kerana aksi nekadnya yang menggila dan mahal termasuk meletupkan kereta Toyota dan meledakkan bunga api termahal dunia seberat 180 kilogram. Ia merupakan alat berharga AS$160,000. Episod 11 minit yang memaparkan ledakan bunga api itu sahaja ditonton hampir 60 juta kali.



Seorang lagi bintang cilik, Anastasia Radzinskaya, atau Nastya, berada di tangga ketujuh senarai.  Kanak-kanak Russia berusia enam tahun itu dan bapanya bermain Lego, membuat kerja rumah bersama dan menjelaskan tentang virus yang ada dalam saluran YouTubenya.



Si kecil ini mempunyai lebih 190 juta pengikut dengan videonya ditonton 39 bilion kali. Dia meraih pendapatan  sebanyak AS$18.5 juta bagi tahun ini. 



Pempengaruh lain dengan pendapatan tinggi termasuk pelawak David Dobrik, 'guru' dandanan Jeffree Star dan Mark Fishbach atau Markiplier yang merosakkan permainan video.



Apa kata Ryan tentang pemilihannya bagi senarai Forbes ini? Nampaknya dia agak bosan terperap di rumah menghasilkan video YouTube.



"Saya sebenarnya tak sabar nak keluar rumah lagi seperti sebelum pandemik Covid-19," tambah Ryan kepada Forbes.



 



"I just can't wait until we can go back outside," Ryan says, according to Forbes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >