Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Buku lali Biden terseliuh ketika bermain dengan anjing

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Dipilih Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengalami keretakan tulang di kaki dan kemungkinan perlu memakai kasut perubatan.



Pasukannya menyatakan kelmarin bahawa pemimpin berusia 78 tahun itu dibawa berjumpa doktor setelah tergelincir semasa bermain dengan anjing peliharaannya bernama Major



Encik Biden, yang bakal menjadi presiden tertua Amerika semasa majlis angkat sumpah pada 20 Januari ini, mengalami kecederaan itu Sabtu lalu.



Doktor peribadi Presiden Dipilih itu, Dr Kevin O'Connor, pada mulanya mengatakan imbasan X-ray sebelumnya tidak menemui "keretakan tulang yang jelas", tetapi menambah bahawa imbasan CT tambahan masih akan dilakukan.



Imbasan itu mengesahkan "adanya keretakan kecil...," kata Dr O'Connor dalam satu kenyataan berikutnya yang dikeluarkan oleh pejabat Encik Biden.



Beliau menambah bahawa mantan naib presiden itu, yang memenangi pilihan raya presiden ke atas Encik Donald Trump pada awal November lalu, "kemungkinan akan memerlukan sepatu perubatan selama beberapa minggu".



Dengan kedua-duanya Encik Biden dan Encik Trump berusia 70-an tahun, usia menjadi satu isu dalam pilihan raya itu, namun selalu tidak ditimbulkan ekoran isu lain yang lebih penting dan mendesak seperti pandemik Covid-19 dan kemuraman ekonomi negara.



Kesihatan Encik Trump menjadi membimbangkan apabila beliau dijangkiti Covid-19, tetapi beliau kemudian, selepas sembuh, kembali berkempen dengan aktif setelah mendapat beberapa rawatan khusus - termasuk rawatan antibodi yang masih dalam tahap ujian.



Encik Trump, yang amat sensitif dengan isu-isu berkaitan kuman, adalah presiden pertama selama lebih satu abad yang tidak mempunyai anjing peliharaan.



Pasangan Biden pula mengasuh dan kemudian mengambil anjing peliharaan Major pada 2018, dengan mereka mempunyai seekor lagi anjing bernama Champ, yang telah bersama keluarga itu sejak 2008.



Pegawai Biden mengatakan Major akan menjadi anjing penyelamat pertama yang tinggal di Rumah Putih. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >