Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buli siber di Jepun: Sesiapa yang menghina dalam talian boleh dipenjara hingga setahun

Jul 7, 2022 | 4:27 PM
Foto HIASAN/FAIL
Foto HIASAN/FAIL -

PEMBULI siber di Jepun kini berdepan dengan hukuman penjara setahun, sedang pihak berkuasa negara itu cuba menghurai masalah penyalahgunaan kaedah dalam talian menyusuli kes ahli gusti profesional dan bintang televisyen realiti berusia 22 tahun yang membunuh diri kerana dibelenggu kecaman di media sosial.

Penalti baru bagi penyalahgunaan awam ini adalah sebahagian daripada undang-undang yang disemak semula dan berkuatkuasa pada Khamis (7 Julai), yang membenarkan denda sehingga 300,000 yen ($3,100) dikenakan.

Sebelum ini, denda 10,000 yen dan hukuman penjara 29 hari dikenakan.

"Penting untuk kita cuba membasmi kecaman kejam yang kadangkala berupaya mendesak orang untuk membunuh diri," kata Menteri Keadilan Jepun, Encik Yoshihisa Furukawa, kepada media pada Selasa (5 Julai).

Menurutnya, semakan undang-undang ini tidak secara tidak adil mengehadkan kebebasan bersuara.

Persekutuan Persatuan Guaman di Jepun menentang perubahan undang-undang ini dengan menyatakan ia boieh mengancam kritikan wajar dan kebeasan bersuara.

Kementerian Keadilan, dalam bahagian soal jawab di laman Internetnya pula berkata, undang-undang ini tidak akan digunakan bagi menghukum kritikan awam terhadap ahli politik dan langkah lebih tegas ini tidak akan menjejas definisi penderaan siber.

Cik Hana Kimura, ahli gusti profesional, meninggal dunia pada 2020 selepas komen berbaur kebencian dilontar kepada akaun Twitternya menyusuli satu kejadian di mana beliau hilang sabar dan mengamuk dengan seorang rakan pelakon di program realiti Terrace House.

Sekurang-kurangnya dua orang - kededuanya lelaki - dirujukkan ke pihak pendakwa kerana kejadian itu, dengan salah seorang daripada mereka didenda 9,000 yen selepas berulang kali mendesak Cik Hana untuk membunuh diri. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg