Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bunuh guna kopi beracun: Tiga dipenjara seumur hidup

Nov 2, 2023 | 3:25 PM
SUSPEK MENGAKU SALAH: (Dari kanan) Solihin @ Duloh, Wowon Erawan dan Dede Solehudin membunuh isteri Wowon serta dua anaknya daripada perkahwinan lalu dengan memberi mereka minuman kopi beracun.
SUSPEK MENGAKU SALAH: (Dari kanan) Solihin @ Duloh, Wowon Erawan dan Dede Solehudin membunuh isteri Wowon serta dua anaknya daripada perkahwinan lalu dengan memberi mereka minuman kopi beracun. - Foto POLIS REPUBLIK INDONESIA

BEKASI: Sebuah mahkamah di Bekasi, Jawa Barat, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, dan bukan hukuman mati, ke atas tiga lelaki pembunuh yang disabitkan kesalahan meracuni sekurang-kurangnya tiga orang dengan memberi mereka minuman kopi beracun.

Wowon Erawan, 60 tahun; Solihin, yang juga dikenali sebagai Duloh, 63 tahun; dan Dede Solehudin, 35 tahun, ditangkap menyusuli kematian tiga orang akibat keracunan di sebuah rumah tumpangan di Bekasi, timur Jakarta, pada 12 Januari.

Mangsa dikenali sebagai Ai Maimunah, iaitu isteri Wowon yang berumur 40 tahun, dan dua anak lelakinya hasil perkahwinan lalu, iaitu Ridwan Abdul Muiz, 23 tahun, dan Muhammad Riswandi, 17 tahun, lapor Jakarta Globe.

Mereka jatuh sakit tenat di Bekasi dan seterusnya meninggal dunia di hospital pada 12 Januari,

Ia mendorong siasatan berhubung kesalahan pembunuhan terhadap tiga lelaki itu.

Hakim Suparna berkata hakikat ketiga-tiga mereka mengaku bersalah menjadi faktor dalam pengurangan hukuman itu.

Menurut dokumen mahkamah, pada akhir Disember 2022, Wowon mengarahkan Solihin dan Dede melakukan pembunuhan itu kerana isterinya didakwa mengabaikannya semasa dia sakit di Cianjur, Jawa Barat, dan terus menuntut wang.

Idea untuk meracuni wanita itu dan anak-anaknya dengan kopi beracun di sebuah rumah tumpangan di Bekasi dicetuskan oleh Solihin, yang ditemani Dede.

Wanita itu dan anak-anaknya berpindah ke Bekasi pada 3 Januari. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg