Cadangan Trump ambil alih Gaza cetus perdebatan di Israel

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cadangan Trump ambil alih Gaza cetus perdebatan di Israel

Feb 6, 2025 | 12:23 PM

Cadangan Trump ambil alih Gaza cetus perdebatan di Israel

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sebuah papan iklan yang memaparkan potret Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, bersama slogan, dipamerkan pada sebuah bangunan hotel di Tel Aviv, pada 5 Februari. 
Sebuah papan iklan yang memaparkan potret Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, bersama slogan, dipamerkan pada sebuah bangunan hotel di Tel Aviv, pada 5 Februari.  - Foto AFP

TEL AVIV (Israel): Cadangan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump, untuk mengambil alih Gaza menimbulkan persoalan di Baitulmakdis dan Tel Aviv pada 6 Februari, dengan sesetengah pihak melihatnya sebagai impian yang sukar dicapai.

Pada mulanya, tidak jelas sama ada Encik Trump mahu rakyat Gaza meninggalkan Jaluran Gaza secara sementara atau kekal semasa pembinaan semulanya.

Namun, Israel bertindak balas dengan sokongan dan keraguan.

Pegawai Amerika kemudian menjelaskan bahawa tidak ada sebarang rancangan memberikan peruntukan dana atau penglibatan tentera bagi inisiatif itu.

“Saya rasa rancangan Trump masuk akal. Pada masa ini, Gaza sudah musnah sepenuhnya, dan mustahil membinanya semula apabila ada penduduk di sana,” kata pengunjung ke Baitulmakdis dari kawasan sempadan Gaza, Encik Kfir Dekel.

Wilayah Palestin telah musnah akibat serangan Israel dalam perang sepanjang 15 bulan menentang Hamas.

“Ia tidak baik untuk mereka di sana, dan mereka tidak dibenarkan pergi,” tambah Encik Dekel, merujuk kepada penduduk Palestin di Gaza.

Sejak Hamas merampas Gaza pada 2007, Israel telah mengenakan sekatan ketat ke atas wilayah itu.

Laluan Rafah ke Mesir, satu-satunya pintu masuk Gaza yang tidak dikawal oleh Israel, ditutup pada Mei 2023 selepas Israel mengambil alih.

Ia dibuka semula pada 1 Februari di bawah penyelarasan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Tetapi Gaza sebahagian besar Gaza masih ditutup kecuali untuk pemindahan penduduk yang jarang berlaku.

Di pasar Mahane Yehouda yang popular di Baitulmakdis, suasana agak tenang dan orang yang lalu-lalang menyatakan mereka telah mendengar cadangan Encik Trump itu.

Encik Refael, 65 tahun, berkata beliau “sangat gembira” dengan cadangan Encik Trump, namun beliau sukar mempercayainya.

Encik Daniel, seorang penduduk Baitulmakdis, berkata Encik Trump sering membuat “kenyataan yang mungkin kedengaran baik kepada Israel”, tetapi mempersoalkan pelaksanaannya.

Seorang pengurus sekolah dalam talian berkata bahawa warga Gaza tidak boleh “terus tinggal di tempat keganasan dibiakkan”.

“Jika mereka ingin hidup aman dengan Israel, mengapa tidak? Mari kita jadikan ia begitu cantik sehingga mereka tidak boleh menolak cadangan itu,” tambahnya.

Cik Naama Weinberg, sepupu Encik Itai Svirsky, seorang tebusan yang mati dalam tahanan, berkata beliau melihat rancangan itu mustahil dilaksanakan. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg