Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon presiden Ganjar berkempen dari Jakarta ke desa terpencil di Papua

adasasd
Nov 29, 2023 | 12:45 PM



JAKARTA: Calon presiden pilihan raya 2024 Indonesia, Encik Ganjar Pranowo, memulakan satu perjalanan lebih 5,000 kilometer dari Jakarta ke Merauke, untuk merasmikan kempennya pada Selasa di kawasan yang dikenali sebagai “tempat sinar matahari menyapa Indonesia dahulu”.


Merentasi beberapa kampung di wilayah paling timur di pulau Papua, Encik Ganjar menyatakan kaitannya dengan asal-usul luar bandarnya dan berkata:

“Adalah penting untuk saya memulakan kempen ini di kampung-kampung; ia adalah peringatan tentang asal saya sendiri sebagai penduduk kampung.”

“Pilihan kampung kami sebagai titik permulaan kempen mencerminkan dedikasi kami untuk mengutamakan pembangunan luar bandar.

“Untuk memupuk Indonesia yang lebih baik, kami mesti terlebih dahulu memberi tumpuan pada pembangunan kampung kami,” tambah Encik Ganjar, lapor Jakarta Globe.


“Merauke adalah tempat di negara kita di mana matahari paling awal menyapa, dan rakyatnya yang pertama bangun untuk bekerja.

“Dalam konteks kempen kita, ia melambangkan permulaan kita untuk menjadikan Indonesia lebih baik,” ujar mantan gabenor Jawa Tengah itu.

Beliau berikrar akan menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah pusat penjagaan kesihatan di setiap kampung di seluruh negara jika dipilih.

Pasangan penyandangnya, Encik Mahfud MD, menjelajah Aceh pada hari yang sama bagi meraih sokongan di wilayah barat.

“Perjalanan kami akhirnya akan berakhir dengan perhimpunan di Stadium Bung Karno di Jakarta,” ujar Encik Ganjar, yang dicalonkan oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah bersama tiga parti lain.

Indonesia memulakan kempen presiden 2024 pada Selasa.

Tiga calon pilihan raya presiden pada 14 Februari terdiri daripada bekas jeneral tentera, Encik Prabowo Subianto; Encik Ganjar; dan bekas gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan.

Menurut tinjauan pendapat terkini oleh Indikator Politik Indonesia, Encik Prabowo telah meningkatkan kedudukannya berbanding pesaing terdekat selepas memilih Encik Gibran Rakabuming, anak sulung Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, sebagai calon naib presidennya.

Tinjauan dari 27 Oktober hingga 1 November itu menunjukkan Encik Subianto memperoleh 40.6 peratus sokongan, diikuti Encik Pranowo (27.8 peratus) dan Encik Baswedan (23.7 peratus).

Jika tiada pasangan calon memenangi lebih 50 peratus undi dengan sekurang-kurangnya 20 peratus undi daripada lebih separuh wilayah, pusingan kedua akan dijalankan pada 26 Jun antara dua calon teratas. – Agensi berita.

Presiden dan Naib Presiden yang baru dipilih akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober bersama ahli Dewan Perwakilan Rakyat. Indonesia mempunyai kira-kira 205 juta pengundi. 


Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) telah mengeluarkan satu set garis panduan yang menggariskan tindakan yang harus dielakkan calon politik, semasa kempen mereka, kerana melanggar garis panduan ini boleh mengakibatkan sekatan.


Tempoh kempen untuk calon presiden dan naib presiden bermula pada Selasa dan akan berlangsung sehingga 10 Februari, empat hari sebelum pengundi membuang undi.


Peraturan KPU melarang pegawai polis/tentera yang aktif, penjawat awam, pekerja perusahaan milik negara, dan pegawai kampung, daripada menyertai perhimpunan politik. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >