Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon presiden, naib presiden Indonesia akur mesra, bersatu hadapi pilihan raya

Nov 15, 2023 | 11:46 AM



JAKARTA: Ketiga-tiga pasangan calon presiden dan naib presiden Indonesia berkongsi mesej perpaduan dan keamanan dalam satu acara memberikan nombor siri urutan kepada tiga pasangan itu dalam pilihan raya umum 2024, berdasarkan undian di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).


Nombor rasmi pasangan calon presiden-naib presiden bagi pemilihan 2024 mengikut urutan: nombor satu untuk pasangan calon Encik Anies Baswedan-Encik Muhaimin Iskandar; nombor dua bagi pasangan calon Encik Prabowo Subianto-Encik Gibran Rakabuming Raka, dan nombor tiga untuk pasangan calon Encik Ganjar Pranowo-Encik Mahfud MD,” kata Pengerusi KPU, Encik Hasyim Asy’ari.

Penentuan nombor rasmi itu akan digunakan oleh setiap pasangan calon ketika kempen sehingga hari mengundi pada 14 Februari 2024.

“Rakan-rakan sekalian, tidak kira apa pun keputusan pilihan raya nanti, marilah kita tetap bersatu demi menjaga negara kita. Saya amat berterima kasih atas suasana mesra dan penuh dengan kasih sayang yang kita lalui pada hari ini,” kata Encik Prabowo dalam ucapannya selepas pengundian.

Keputusan undian itu sama seperti pemilihan 2019, apabila Encik Prabowo bertanding jawatan presiden dengan Encik Sandiaga Salahuddin Uno sebagai pasangannya.

Encik Ganjar, melahirkan rasa puas hati dengan mendapat nombor tiga, mengaitkannya dengan prinsip ketiga ideologi kebangsaan Indonesia, Pancasila, yang menekankan “persatuan Indonesia”.

“Kita harus merangkul proses politik ini dengan bersatu,” ujar Encik Ganjar.

Encik Anies pula menyerahkan kepada Encik Muhaimin Iskandar, yang berkata: “Walaupun kita adalah pesaing, kita tetap satu keluarga – bersaudara dalam usaha ini.’‘

Pada 13 November, KPU mengumumkan nama tiga pasangan calon presiden dan naib presiden yang menyertai pilihan raya 2024.

Encik Anies dan Encik Muhaimin mendapat sokongan daripada Parti NasDem, Parti Kebangkitan Negara (PKB), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Ummat.

Encik Ganjar dan Encik Mahfud disokong Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Parti Pembangunan Bersatu (PPP), Parti Indonesia Bersatu (Perindo), dan Parti Nurani Rakyat (Hanura).

Encik Prabowo dan Encik Gibran pula mendapat sokongan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Parti Golongan Karya (Golkar), Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Demokrat, Parti Bulan Sabit (PBB), Rakyat Indonesia. Parti Gelora (Gelora), Parti Garuda, dan Parti Solidariti Indonesia (PSI), serta Parti Prima, yang tidak layak menyertai pilihan raya 2024.

Walaupun di permukaan kelihatan akrab, setiap pasangan calon telah menabur benih konflik yang berpotensi untuk meletus tidak lama lagi.

Pemilihan kontroversi Encik Prabowo terhadap Encik Gibran yang juga anak sulung Presiden Indonenesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, sebagai calon wakil naib presiden telah mencetuskan kontroversi.

Pada mulanya, Encik Gibran tidak memenuhi syarat usia minimum 40 tahun di bawah undang-undang pilihan raya umum. Namun pada usia 36 tahun, beliau akhirnya mendapat kelayakan selepas pindaan Mahkamah Perlembagaan pada 16 Oktober.

Mahkamah telah membuat pengecualian tersebut yang diketuai oleh Ketua Hakim Anwar Usman, yang merupakan ipar Encik Jokowi yang juga bapa saudara Encik Gibran.

Encik Ganjar, pada hari undian di KPU pada Selasa menggambarkan keputusan itu dengan komen: “Kita sepatutnya bergembira pada hari ini, namun sebaliknya, kita dihadapkan dengan sebuah drama yang menghairankan yang seharusnya tidak berlaku.”

Sebelum penentuan pasangan calon, Encik Muhaimin dan PKB telah membentuk gabungan dengan Parti Gerindra milik Encik Prabowo.

Namun Encik Muhaimin, yang kecewa dengan keengganan Encik Prabowo untuk memilihnya sebagai calon naib presiden, meninggalkan pakatan tersebut dan bergabung dengan kem Encik Anies.

Langkah Encik Muhaimin menyokong pencalonan Encik Anies menyebabkan Parti Demokrat keluar dari gabungan dengan menuduh Encik Anies melanggar komitmen untuk memilih ketua partinya, Encik Agus Harimurti Yudhoyono sebagai calon wakil presiden. Parti Demokrat beralih sokongan kepada Encik Prabowo.

Manakala PDI-P mengalami kejutan besar apabila Encik Jokowi tidak sepenuhnya menyokong calon presiden mereka, Encik Ganjar.

Sepanjang kerjaya politiknya, Encik Jokowi telah memenangi semua jawatan awam dengan sokongan PDI-P dan anaknya, Encik Gibran, juga memenangi pilihan raya wali kota Solo di bawah panji PDI-P.

Semasa pengundian nombor di KPU, Encik Gibran mendekati Pengerusi PDI-P, Cik Megawati Sukarnoputri untuk menunjukkan hormat dengan mencium tangannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >