Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Calon utama jawatan PM Thai yakin dapat atasi usaha halang bertanding

Jun 7, 2023 | 3:00 PM
YAKIN HADAPI HALANGAN: Pemimpin Parti Move Forward, Encik Pita Limjaroenrat, mendakwa terdapat usaha menghalangnya bertanding bagi jawatan utama Thailand.
YAKIN HADAPI HALANGAN: Pemimpin Parti Move Forward, Encik Pita Limjaroenrat, mendakwa terdapat usaha menghalangnya bertanding bagi jawatan utama Thailand. - Foto REUTERS

BANGKOK: Calon Perdana Menteri Thailand, Encik Pita Limjaroenrat,  kelmarin meremehkan usaha mencacatkan kelayakannya ekoran isu pemilikan saham dengan menegaskan bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan dan pihak lawan cuba menghalangnya daripada jawatan paling atas itu.

Disokong sebilangan besar belia dengan agendanya menentang kerajaan dan antimonopoli, parti progresif Encik Pita, Move Forward, muncul pemenang mengejut dalam pilihan raya Mei lalu, yang menyaksikan proksi tentera kalah dengan penolakan jelas terhadap pemerintahan konservatif selama sembilan tahun yang disokong kuat pihak tentera.

Sesetengah ahli politik pesaing Encik Pita telah menghantar petisyen kepada suruhanjaya pilihan raya dengan mendakwa beliau memiliki 42,000 saham dalam syarikat media iTV yang mengelolakan saluran televisyen aliran utama daripada 1988 sebelum ia hilang konsesi penyiaran pada 2007.

Calon-calon pilihan raya dilarang memegang saham dalam syarikat media.

Encik Pita, bagaimanapun, menegaskan bahawa dengan iTV hilang konsesi, ia bermakna syarikat tersebut tidak boleh disifatkan sebagai badan media massa.

“Terdapat cubaan menghalang saya daripada politik,” kata Encik Pita kepada pemberita sambil menegaskan beliau telah pun memindahkan pegangan sahamnya kepada kaum keluarganya pada Mei.

“Saya amat yakin bahawa saya layak bertanding dan boleh menjadi calon perdana menteri,” tambahnya sambil merujuk kepada kelayakan pencalonannya.

Encik Pita, 42 tahun, pernah menyatakan saham-saham yang dipegangnya itu merupakan sebahagian daripada estet mendiang ayahnya dan beliau telah mengisytiharkannya kepada agensi antirasuah.

Hujung minggu lalu, pengerusi suruhanjaya pilihan raya menyatakan bahawa aduan tersebut sedang disiasat dan pihaknya sedang mengumpulkan . Ia sama ada boleh menolak atau mengajukannya kepada Mahkamah Perlembagaan.

Parti pendahulu , Future Forward, didapati bersalah daripada dua penghakiman mahkamah dalam 2019 dan 2020 atas dua isu yang sama dengan pemimpin dan calon perdana menteri, Encik Thanathorn Juangroongruangkit, ditolak kelayakannya kerana memegang saham media dan parti tersebut dibubarkan atas melanggar peraturan dana kempen pilihan raya.

Isu tersebut menampilkan cabaran ke depan yang dihadapi Encik Pita, yang menerima pendidikan di Amerika Syarikat dalam memenuhi janji-janji melakukan reformasi , yang boleh menyebabkan Parti Move Forward berdepan dengan masalah bertembung dengan pihak tentera dan elit perniagaan Thailand. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg