Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PELETAKAN JAWATAN LIZ TRUSS

Calon yang ingin 'rebut' jawatan PM Britain

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Para calon yang diramal menggantikan Liz Truss selaku Perdana Menteri termasuk mereka yang berkhidmat dalam Kabinet beliau serta bekas pesaing bagi kepimpinan Parti Konservatif.



Beberapa penganalisa malah meramalkan bahawa Encik Boris Johnson yang meletak jawatan selaku perdana menteri semasa musim panas lalu mungkin kembali bersaing.



Berikut antara beberapa pesaing yang berpotensi menggantikan Cik Truss.



Rishi Sunak,

bekas Menteri Kewangan



Encik Sunak, 42 tahun, berkhidmat selaku Menteri Kewangan, di bawah kepimpinan Encik Boris Johnson dan sebelum ini pernah diramal menjadi pengganti Encik Johnson.



Namun beliau hanya menduduki tempat kedua di belakang Cik Truss, kerana dikaitkan dengan perbelanjaan berikutan Covid-19, kenaikan cukai dan krisis kos kehidupan Britain.



Beliau juga terlibat dalam mengenepikan Encik Johnson, satu langkah yang dikesali ramai anggota parti.



Encik Sunak, yang mendapat didikan di Universiti Oxford dan Stanford, merupakan anak seorang pendatang dari India, menjadi contoh kepada Britain yang berbilang etnik dan lebih moden.



Namun dua skandal menjejas reputasinya.



Isterinya yang kaya raya didapati menuntut status cukai yang membenarkannya mengelak daripada membayar cukai bagi sesetengah pendapatannya.



Kemudian terdedah pula kisah bahawa Encik Sunak masih memegang kad hijau - membenarkannya tinggal dan bekerja di Amerika Syarikat untuk berbulan lamanya selepas menjadi Menteri Kewangan.



Penny Mordaunt,

pemimpin Dewan Rendah



Cik Mordaunt, 49 tahun menjadi pemimpin dewan rendah Parlimen Britain selepas muncul selaku pesaing semasa persaingan kepimpinan Parti Konservatif, yang dimenangi Cik Truss.



Anak kepada seorang askar, Cik Mordaunt pernah menjadi setiausaha pertahanan selama dua setengah bulan pada 2019 dan memegang jawatan kecil kabinet yang bertanggungjawab bagi pembangunan antarabangsa.



Beliau dianggap sebagai mempunyai tarikan dan ikhlas namun tidak berminat dalam dasar yang dianggap sulit.



Beliau juga tidak mempunyai banyak pengalaman dalam ekonomi, sedang Britain cuba meraih kredibiliti ekonomi.



Boris Johnson,

mantan Perdana Menteri



Penyokong Encik Johnson, 58 tahun menyeru agar beliau kembali bertanding untuk mendapatkan semula jawatannya itu, hanya beberapa bulan selepas beliau dipaksa meletak jawatan menyusuli beberapa siri skandal berunsur etika.



Selepas menang mudah dalam pilihan raya 2019, Encik Johnson sekurang-kurangnya boleh membuktikan yang beliau mempunyai mandat untuk memimpin negara itu tanpa perlu pilihan raya yang baru, namun menjadikannya perdana menteri Britain buat kali kedua merupakan risiko besar buat Parti Konservatif.



Beliau dianggap seorang yang memecah belahkan pengundi dan sedang disiasat sekiranya telah menipu penggubal dasar mengenai pesta yang melanggar langkah sekatan pergerakan di Downing Street.



Ben Wallace,

Setiausaha Pertahanan



Encik Wallace, 52 tahun merupakan bekas askar yang dianggap calon terbaik dalam kalangan anggota Parti Konservatif selaku pengganti Encik Johnson.



Namun beliau tidak memohon bagi jawatan kepimpinan itu.



Beliau dilaporkan menyokong Cik Truss dalam pertandingan parti itu, kerana janji Cik Truss meningkatkan perbelanjaan bagi ketenteraan.



Beliau merupakan penyokong tegar Ukraine menyusuli penaklukan Russia dan telah ke Kyiv pada September lalu untuk bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >