Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Canada, AS kerjasama berhubung kaitan India dalam pembunuhan ketua Sikh

Sep 20, 2023 | 02:30 PM



OTTAWA: Canada bekerjasama “sangat rapat” dengan Amerika Syarikat mengenai perisikan bahawa ejen India berpotensi terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin Sikh di British Columbia, Canada, awal 2023, kata satu sumber kanan pemerintah Canada pada Selasa.


Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, mengumumkan pada Isnin bahawa agensi perisikan domestik sedang giat meneruskan dakwaan yang boleh dipercayai yang mengikat ejen New Delhi dengan penembakan Encik Hardeep Singh Nijjar, 45 tahun, pada Jun.

“Kami telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dengan sangat rapat, termasuk mengenai pendedahan awam semalam,” kata sumber itu, lapor agensi berita Reuters.


Bukti yang diperoleh Canada akan dikongsi “dalam masa terdekat”, kata pegawai yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan kerana sensitiviti maklumat tersebut.

Encik Trudeau pada Selasa memberitahu wartawan kes itu mempunyai kesan meluas dalam undang-undang antarabangsa, dan menggesa pemerintah India supaya memandang serius perkara itu dan membantu Canada menyiasat sepenuhnya perkara tersebut.

Canada turut mengusir seorang diplomat India yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu manakala India turut mengusir seorang diplomat kanan Canada.

India dengan cepat menolak dakwaan Encik Trudeau dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, dan berkata ia memecat seorang diplomat Canada, satu tindak balas selepas Canada memecat tokoh perisikan tertinggi India pada Isnin.

Pertikaian itu memberi tamparan baru terhadap hubungan diplomatik yang telah retak selama bertahun-tahun, dengan New Delhi tidak berpuas hati mengenai kegiatan pemisah Sikh di Canada.

“Saya menjangka perbincangan biasa antara dua pemerintah ini akan menjadi sukar sedang isu ini diselesaikan,” kata Encik Roland Paris, bekas penasihat dasar luar Encik Trudeau dan seorang profesor hal ehwal antarabangsa di Universiti Ottawa.

Pihak berkuasa Amerika berkata pada Selasa mereka menyokong siasatan Canada.

“Kami telah berhubung rapat dengan rakan sekerja Canada kami mengenai perkara ini. Kami agak bimbang tentang dakwaan itu.

“Kami fikir adalah penting diadakan satu siasatan penuh dan terbuka, dan kami akan menggesa pemerintah India supaya bekerjasama dengan siasatan itu,” kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara Amerika.

Kini beberapa orang, termasuk ketua pembangkang Konservatif Canada, Encik Pierre Poilievre, menggesa Encik Trudeau supaya menunjukkan bukti yang pemerintahnya ada.

Encik Jesse Singh, pengasas dan pengerusi kumpulan masyarakat Sikhs of America, memberitahu sebuah acara yang dianjurkan oleh badan pemikir Institut Hudson Washington bahawa Encik Trudeau gagal memberikan sebarang bukti.

“Ia hanya sesuatu yang beliau katakan adalah ‘dakwaan yang boleh dipercayai’, tanpa bukti sama sekali. Dan saya rasa kita perlu tunggu untuk melihat sama ada terdapat sebarang bukti di sana dan kemudian saya fikir keputusan selanjutnya boleh diambil,” tambah Encik Singh.

Encik Nijjar menyokong seruan mewujudkan tanah air Sikh dalam bentuk sebuah negara merdeka yang dipanggil Khalistan di negeri Punjab di utara India, tempat kelahiran agama Sikh, yang bersempadan dengan Pakistan.

India menyifatkannya sebagai “pengganas” pada 2020. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >