Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Konflik di Manipur tarik perhatian selepas video wanita dianiaya tular

Jul 22, 2023 | 01:17 PM



NEW DELHI: Satu serangan kejam ke atas lima penduduk kampung yang disyaki melibatkan serangan seksual, perkosaan secara beramai-ramai dan dua kes bunuh di negeri Manipur, India telah mengejutkan negara itu dan menambah tekanan ke atas parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) supaya memastikan mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya.


Empat lelaki ditangkap pada Khamis, dengan beberapa lagi sedang diburu polis selepas mereka dikenal pasti menerusi video yang menunjukkan dua wanita diperagakan dalam keadaan terlanjang bulat pada 4 Mei.

Seorang wanita ketiga, yang tidak dilihat didalam video, didakwa telah diperlaku secara serupa.

Dalam video itu, dua wanita yang sedang menangis dilihat merayu kepada orang yang menangkap mereka semasa diheret ke kawasan sawah padi. 

Akhbar The Indian Express melaporkan seorang wanita berusia 21 tahun diperkosa beramai-ramai.


Adik lelaki wanita itu berusia 19 tahun dan bapanya yang berusia 56 tahun dibunuh secara beramai-ramai oleh kumpulan ganas yang dilapor media di India dibentuk hampir 1,000 orang pada ketika itu.

Dua lagi wanita berusia 42 tahun dan 52 tahun.

Video itu, yang menjadi tular pada Rabu dan Khamis sebelum pemerintah mengarahkan pemilik wadah media sosial menurunkannya diterbitkan sekitar dua bulan selepas serangan itu berlaku.

Satu laporan polis dibuat pada 17 Mei, tetapi penangkapan pada Khamis hanya dilakukan menyusuli perbuatan Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, yang berikrar untuk bertindak. Beliau juga berkata seluruh negara India berasa malu atas kejadian itu.

Ketua Hakim India, Encik D.Y. Chandrachud berkata pada Khamis Mahkamah Agung berasa amat terganggu berhubung video itu dan mengarahkan pemerintah memaklumkan mahkamah akan tindakan yang akan diambil ke atas orang yang disyaki.

Dalam satu perbuatan membalas dendam atas insiden itu, sekumpulan wanita pada Jumaat membakar rumah milik orang utama yang disyaki. 

Video serangan itu telah membuka mata warga India kepada keganasan dahsyat yang membelenggu negeri Manipur yang terletak di kawasan pergunungan di timur laut India sejak 3 Mei, kata akhbar The Straits Times dalam analisis berita mengenai insiden itu.


Sekitar 60,000 daripada tiga juta orang di negeri itu telah kehilangan tempat tinggal dan 140 orang terbunuh. Namun, aktivis di sana berkata insiden ganas, termasuk perbuatan memenggal kepala belum lagi diambil kira.

Puak minoriti dan puak majoriti Meitei telah bertempur atas tuntutan Meitei supaya pemerintah memberikan mereka kedudukan Puak Berjadual, yang akan melayakkan puak itu – yang kebanyakannya beragama Hindu dan berstatus lebih mewah – bagi menyertai program sokongan yang biasanya diberikan kepada suku kaum yang berasal dari kawasan itu.

Menyusuli itu, rusuhan berlaku pada 3 Mei, apabila puak Kuki yang kebanyakannya beragama Kristian dan beberapa puak lain yang tinggal di kawasan pergunungan berhimpun untuk membantu perkembangan itu. Ini memaksa pemerintah mengerahkan tentera dan pasukan paramilitari ke kawasan itu untuk mengekang keganasan.

Hubungan Internet di negeri itu telah disekat sejak 3 Mei, yang mencadangkan sebab video keganasan itu tidak diterbitkan lebih awal.

Lima mangsa yang terlibat berasal dari Kampung Kuki, yang telah melarikan diri ke hutan di wilayah Kangpokpi selepas kampung mereka diserang sekumpulan orang dari puak Meitei.

Mereka bertemu sekumpulan pegawai polis, yang sedang membawa mereka ke balai polis apabila jalan mereka disekat kumpulan dari puak Meitei.

Salah seorang mangsa memberitahu akhbar The Indian Express polis menyerahkan mereka kepada kumpulan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >